Image and video hosting by TinyPic

www.ustream.tv/channel/tunggal-fm

"ENJOY EVERY MOMENT"

The Official Blog since 27 December 2009

INSTAGRAM : ninabanana94

#ninaradzali #tunggalfm

INFO : Blog ini adalah UMUM. Sebarang idelogi, teori dan apa jua yang ditulis tidak semestinya bersifat tepat dan sempurna. Yang baik boleh diambil, yang buruk boleh ditingkatkan kepada yang lebih baik. Semua penulisan adalah 100% dari buah fikiran penulis. Sebarang cadangan, pendapat, ketidakpuasan, pertanyaan event, hal berkaitan perniagaan, perkara berbentuk urusan dan apa sahaja boleh dilontarkan diruangan 'comment' atau ke alamat E-mail ninabanana94@gmail.com

Friday, July 11, 2014

TRAGEDI 10R1435H (Awah Atok)

Mungkin ada yang tertanya-tanya. Apa al-kisah disebalik 'Tragedi 10R1435H'.
Membawa maksud 'Tragedi 10 Ramadhan 1435 Hijrah'. Jatuh pada
tarikh di kalander anda semua yang berada di Malaysia ini dan yang
sewaktu dengannya iaitu 8 July 2014.

Maka al kisah bermula------

Sedang aku menulis. Sibuk bekerja di dalam konti Tunggal FM iaitu pejabat
Money Entertainment. Menaip dan terus menaip skrip drama yang aku sedang
tulis untuk syarikat. Tiba-tiba, aku dapat satu panggilan dari ibu.

*Menangis teresak-esak*
"Akak balik rumah sekarang, atok
dah meninggal. Atok accident"

Dan aku...

"Ibu biar betul? Atok dekat
kampung tu? Ibu, biar betul?"

Sangat terkejut sambil menggeleng-gelengkan kepalaku.
Lalu ibu berkata,

"Betul. Pakde baru je bagitau
tadi atok accident terus meninggal.."

DAN DI SINI BERMULALAH KESEDIHAN YANG AMAT
MENDALAM BUAT KAMI SEMUA.





Kereta Produa Kelisa milik atok remuk dan atok nahas di 
tempat kejadian. Kejadian ini membabitkan 3 buah kereta
termasuk kereta atok. Bersama dengan Land Cruiser hijau milik
kerajaan pejabat tanah Pahang dan kereta Myvi>>>>>

Siapa tak sedih tengok keadaan mcm ni. Cucu mana yang tak sedih? 
Namun ini semua ketentuan Ilahi. Walaupun pada mulanya seakan 
tak percaya dpt berita atok meninggal sebab atok yg berumur 86 tahun
masih sihat walafiat. Tapi, Allah sudah tetapkan meninggalnya arwah
dalam keadaan begini di bulan Ramadhan ini. Suatu ketika dahulu 
sewaktu arwah muda, arwah pemandu ambulance selamatkan ramai
orang, kali ini arwah diselamatkan pula. Kali pertama dalam hidup
aku mencium jenazah di kubur macam tadi. Aku sedih sangat. Sebak 
tengok wajah atok sebelah dijahit. Tapi tak apa, arwah atok nampak 
suci sangat tadi masa dikebumikan ditemani gerimis sepanjang 
perjalanannya ke tempat pengebumian.




Menjadi cerita di dada akhbar. Sememangnya sejarah ini amat
tragis sekali untuk keluarga kami-------



Di suatu pagi yang indah, aku bangun sahur. Aku tak boleh tidur
balik macam hari biasa aku buat. Aku hanya mundar mandir
ke sana ke sini di pagi itu. Aku duduk luar seorang diri, aku sedih
menangis tengok motor kesayangan atok. Tak tau nak kata apa
lagi. Teringat masa raya tahun lepas atok terjatuh motor depan
rumah atok ni dan aku tolong. Waktu aku tolong tu lah sampai
sekarang di tangan aku ni masih terasa-rasa tubuh atok.


Keindahan subuh, keindahan sahur Ramadhan masih terasa kini. 
Tapi kurang. Kurang jika aku pulang ke tanpa atuk. Sekarang tiada 
lagi suara atuk, bebelan atuk, nasihat atuk. TAK ADA. Dah tak ada 
yang akan berpesan pada aku sewaktu aku pulang nanti. Satu
pesan atuk yang terngiang di telinga aku, "jangan lupa solat". 
Gambar ini kenangan akhir bersamanya. Raya tahun lepas. Tak 
ku sangka, tak ku duga raya ni tanpanya. Sucinya wajah itu, tiada
gantinya. Semalaman, tak ada benda lain aku mimpikan. Tak ada 
wajah aku nampak selain atuk. Dan apakah benar sepanjang malam
tadi aku berkata2 dalam tidur tidak henti? Pasti ada maksud disebaliknya. 
Atuk pergi seorang diri dalam kemalangan yang ngeri, tanpa kami disisi. 
Allah Maha Mengetahui apa disebalik semua yang berlaku. Allahuakbar! 
Itu yang pasti. Tidaklah aku rapat dgn atuk sebelum ni, tapi kerana 
ketegasannya dan perasaan sayang yang tertanam dalam lubuk hati tak 
pernah buatkan aku rasa jauh darinya. Atuk, tenanglah disana. Kami 
sentiasa mendoakanyang terbaik untuk atuk. Atuk tetap ada dalam hati 
kami, bersama kami di raya nanti. Auramu tetap ada walau jasadnya 
sudah tidak dapat ku lihat lagi.

Dan keesokannya, kami semua masih bercuti lagi di kampung.
Iaitu pada hari Rabu. Pada malam tersebut, kami lakukan tahlil
antara kami-kami sahaja. Sebab Alhamdulillah, atok telah meninggalkan
zuriat yang ramai. Iaitu 7 orang termausk ibu aku. Dan cucunya yang
ramai balik kebanyakannya membuatkan kami semua cukup.
Alhamdulillah tahlil semua sudah selesai bersama malam tu.

Pada hari terakhir pula. iaitu hari Khamis. Tiba masanya semuanya
akan pulang ke rumah masing-masing. Dan mereka semua akan
pulang ke Kuantan, Pahang manakala hanya aku sahaja yang
satu-satunya tinggal di Selangor.

Sebelum semuanya pulang, semuanya memberikan penghormatan
terakhir. Membacakan Yassin di kubur atok sebelum pulang.
Hati masing-masing masih sayu dan sedih. Begitu juga dengan aku.


Selepas pemergian atok, baru aku tau bahawa arwah atok
sebenarnya telah lama mewasiatkan untuk dirinya dikuburkan
dimana sekiranya meninggal dunia. Bukan di rumahnya iaitu
Kampung Jeruas, Raub Pahang tetapi di tanah kubur ini 
iaitu di Kampung Kuala Atok, Raub Pahang. Rupanya arwah
nak disemadikan dekat bersama ahli keluarganya yang lain.
Ya Allah, petanda semua telah ada sejak sebelum ni lagi.

Ya, aku kagum dengan arwah atok. Dulunya atok seorang
pemandu ambulance selamatkan ramai orang. Alhamdulillah
waktu dia pergi ramai juga yang menyelamatkannya. Arwah
atok pernah dapat pengiktirafan pemandu terbaik dan sebagainya.
Tapi tak ku sangka, tak ku dugaan Arwah atok menghabiskan
masa mudanya di dalam keadaan memandu dan perginya dalam
keadaan memandu juga. Tak dinafikan hingga tamat riwayatnya
pada usia 86 tahun, arwah atok sangat sihat walafiat orangnya.
Tapi siapa kita hendak menentang ketentuan Ilahi? Ini semua
sudah tertulis. Ajal dan maut ditangan Allah S.W.T

Dan kali pertama dalam hidup aku, aku lakukan perkara
pada hari Selasa arwah atok meninggal. Aku cium jenazah.
Tak pernah aku cium jenazah. Tapi aku cium jenazah atok 
kerana aku terlalu rindukan atok. Mana tak nya, kali terakhir
berjumpa pada raya tahun lepas. Sebab aku sibuk dengan kerja
jarang dapat balik selalu macam orang lain. Memang suci
haruman pada arwah atok ketika itu. Tapi aku sebak melihat
pipi kirinya waktu jenazah dibuka ditepi kubur haritu. Kesan
jahitan di pipinya. Allah sahaja yang tau macam mana perasaan
aku. Dan ini kali pertama dalam sejarah hidup aku menghadap
sesuatu kes kematian akibat kemalangan dalam keluarga sendiri.



Gambar ni dihadapan kolam ikan, berhadapan tanah perkuburan atok. 
Selamat tinggal Raub, Pahang. Hari ni aku akan pulang ke Selangor. 
Tapi hati aku ini akan tetap terus disini bersama Atok. 
Atok, tenanglah disana----

Sebelum benar-benar pulang ke Selangor, sempat lagi kami singgah
seketika di dusun di Kampung Kuala Atok, Raub Pahang ni.
Masa ni walau wajah semua tersenyum tapi masing-masing
menyembunyikan kesedihan masing-masing.


Kini, aku hanya mampu menangis dan bersedih setiap kali
terlihat gambar kenangan tahun lepas ni pada raya 2013.
Itulah wajah senyuman ceria arwah atok. Yang suci berjubah
putih.

Dan waktu aku menulis ini, adalah pada 12 July 2014 iaitu
hari Sabtu. Hari ke-5 pemergian atok. Dan persoalannya kenapa
aku dah lama tak update blog aku dan aku luangkan masa
untuk update blog ni? Sebab aku nak semua kenangan ni
bukan disimpan dalam hati aku je, tapi sejarah ni aku dapat
baca pada masa yang akan datang. Akan aku pastikan, Insyallah
selagi hayat masih dikandung badan.

Selepas beberapa hari ni juga baru aku sendiri tau apabila aku
dah dapat cerita yang arwah atok pernah berbual seminggu
sebelum pemergiannya bersama nenek aku yang masih hidup
kini. Arwah atok ada berkata pada wan (nenek) bahawa orang
yang meninggal pada bulan Ramadhan akan terlepas seksa
kubur. Dengan itu nenek aku bertanya "Betul ke?" Maka atok
menjawab "Ya, betul". Dan akhirnya, Alhamdulillah atok tergolong
dalam golongan orang-orang yang terlepas seksa kubur kerana
dapat meninggal dalam bulan Ramadhan. Ya Allah, walaupun
kejadian ini amat menyedihkan tapi penuh hikmahnya.

KEPADA SEMUA YANG MASIH ADA ATOK DAN
LAIN-LAIN YANG DISAYANGI, HARGAILAH MEREKA
SELAGI MASIH ADA DI HADAPAN MATA KERANA
AJAL TIDAK MENGIRA WAKTU. AMBIL IKTIBAR.


Dan kepada semua pembaca yang bergama Islam, marilah
kita bersama-sama meluangkan sedikit masa menyedekahkan
Al-Fatihah kepada arwah atok. Bukan sekadar menyebut
'Al-Fatihah' sahaja. Tetapi sedekahkan sebenar-benarnya
padanya. Dan dikesempatan ini juga, di dalam dilema kesedihan
menghimpit aku ni juga. Aku ingin juga mengajak semua yang
membaca post ini untuk mendoakan juga rakyat di Gaza, Palestin.
Ya, memang kita semua bersedih dengan macam-macam hal 
sekarang termasuk aku. Tapi apa salahnya juga kita mendoakan
juga untuk saudara sesama Islam yang syahid di luar sana. Dan
juga kepada SEMUA saudara Islam kita yang telah pergi. Mungkin
kita rasa diri kita dah cukup sedih dan kesusahan di dalam Ramadhan
ini menanggung derita kesedihan dan sebagainya. Tapi kita juga kena
sedar ada yang lebih berat ujian di bulan Ramadhan ini. 

Sama-sama kita bertafakur seketika**********



DAN
TAK SALAHKAN DUIT KITA
YANG BANYAK TU KITA
SEDEKAHKAN SIKIT WALAUPUN SIKIT
PADA MEREKA? AMBILLAH KESEMPATAN
INI. INILAH CARANYA UNTUK MEMBANTU
SELAIN BERDOA DAN SEBAGAINYA.
TAK DAPAT KE SANA, DAPAT BANTU
CARA MACAM NI PUN JADI LAH KAN? :)

~Assalamualaikum W.B.T~