Image and video hosting by TinyPic

www.ustream.tv/channel/tunggal-fm

"ENJOY EVERY MOMENT"

The Official Blog since 27 December 2009

INSTAGRAM : ninabanana94

#ninaradzali #tunggalfm

INFO : Blog ini adalah UMUM. Sebarang idelogi, teori dan apa jua yang ditulis tidak semestinya bersifat tepat dan sempurna. Yang baik boleh diambil, yang buruk boleh ditingkatkan kepada yang lebih baik. Semua penulisan adalah 100% dari buah fikiran penulis. Sebarang cadangan, pendapat, ketidakpuasan, pertanyaan event, hal berkaitan perniagaan, perkara berbentuk urusan dan apa sahaja boleh dilontarkan diruangan 'comment' atau ke alamat E-mail ninabanana94@gmail.com

Saturday, April 13, 2013

Merenung Setiap Detik Dengan Penuh Kesyukuran

Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera.
Seindah pepohonan, seindah syurga, tiada seindah kata melainkan 
kata-katayang baik, Alhamdulillah kita menyebut tanda 
bersyukur pada yang Esa.

Alhamdulillah, syukur masih dipanjangkan umur 
bagi meluangkan sedikit masa demi sedikit perkongsian yang 
mungkin tidak seberapa bagi kamu, kamu dan kamu.
Namun, mengertilah semua ini hanyalah isi hati 
NB yang ingin NB kongsikan untuk semua 
lapisan masyarakat yang membaca blog NB ini. 
Seperti penulisan yang mengikut tema blog ini 
"Enjoy Every Moment", begitu juga perasaan NB untuk 
berkongsikan dengan lebih lagi mengenai KEHIDUPAN. 
Tanpa melengahkan masa, okay kita mulakan.

Manusia diuji, manusia dikeji, manusia ditimpa musibah, 
manusia menghadapi sepahit-pahit getir permasalahan 
didalam kehidupan. Namun pernah kita terfikir, setiap yang berlaku
itu penuh dengan hikmahnya? Menyedari akan hal yang NB hadapi 
ini, NB sendirimenghadapi pelbagai halangan, musibah, rintangan, 
kekecewaan sedak dahulu lagi. Namun, NB tidak pernah berputus asa. 
NB bersyukur dengan semua itu. Sekiranya NB
kecewa, NB akan kecewa dalam masa tertentu sahaja. 
NB akan cuba untuk motivasi diri NB sendiri
untuk berfikir dengan lebih dalam mengenai apa jua 
menimpa NB. Hanya yang benar-benar mengenali NB akan faham 
bagaimana diri NB. Tidak salah kecewa akan sesuatu itu
dan kemudiannya belajar untuk memahami apa yang berlaku, 
seterusnya memotivasikan diri sendiri.

Percayalah, setiap manusia itu pasti akan diuji, setiap 
manusia akan  menyesal dan kecewa, tetapi janganlah sehingga 
menguasai diri dan memakan pemikiran hati. Setiap manusia itu perlukan 
masa untuk berfikir sejenak. Dengan  masa tersebut, fikirlah 
bahawa banyak manafaat yang akan didapati melalui segala musibah
yang menimpa diri kita. Sejujurnya, NB selalu 
mempunyai masalah,  tetapi NB
TIDAK PERNAH MENYESAL DENGAN APA YANG BERLAKU!
NB tak baik mana. NB memang tak baik. Tetapi 
cukuplah seperti ibu NB pernah berkata, 'Sejahat mana pun seseorang itu, 
selagi dia mempunyai keimanan untuk berasa takut dengan sesuatu 
kejahatan yang dilakukan, itu menunjukkan manusia itu masih 
mempunyai keimanan'. Okay berbalik kepada penceritaan, NB 
tidak takut dengan risiko yang datang. NB 
berani mengambil risiko. Kerana NB nak belajar untuk 
menjadi manusia yang sentiasa mencari sesuatu dalam kehidupan 
untuk dijadi pendoman dan inspirasi kepada
mereka yang memerlukan.

NB selalu berfikir, sekiranya NB susah sekarang,
ada orang lebih susah situasi
permasalahan yang mungkin dihadapi oleh orang lain. 
NB bersyukur dengan apa pun  yang berlaku. Bagi NB semua yang 
berlaku itu adalah TAKDIR. Jikalau
NB menulis blog ini dengan penceritaan ini sekalipun, 
ini juga adalah takdir!! Telah sekian lama tetulis. Begitu juga 
yang terlintas di hati ini, terpulang kepada yang ingin membacanya 
meskipun tidak kerana bagi NB sesuatu perkongsian yang berharga itu 
jika tidak dikongsikan bagaikan sesuatu yang tidak dapat 
melengkapi kehidupan NB.

Dalam dunia ni, tiada manusia yang sempurna. 
Tiada manusia yang terlalu hebat melainkan pencipta kita. Allah SWT 
itu Maha penyayang, Maha pengampun,
Maha pengasih, Maha penyayang.
NB hanya mahu kongsikan disini bahawa, 
jika ingin mendapatkan HATI sebaik HATI, meskipun luaran kita 
tidaklah sebaik mana sekalipun, marilah kita bersama memperbaiki 
HATI kita.  Pentingkan persahabatan, maafkan mereka yang
menyakiti hati hati kamu. Tidak salah mempunyai 
perasaan marah. Itu adalah fitrah, ya manusia seperti NB seorang yang 
panas baran. Tetapi mengapa NB tidak marah orang terlalu lama? 
Kerana bagi NB, sekiranya  NB berbuat demikian, NB akan fikirkan
jika sejahat-jahat manusia memohon keampunan 
kepada Allah, tetapi Allah memaafkan kita, mengapa kita harus bersikap 
sukar memaafkan orang? Se-EGO mana pun diri kita,
INGAT! Ada masa kita kena rendahkan diri kita 
untuk saling memohon maaf antara
satu sama lain. Harus memaafkan kesalahan orang, harus 
juga sentiasa merendahkan diri memohon maaf meskipun tiada 
kesalahan. Kadangkala, kita rasa perbuatan
kita adalah benar, tetapi disudut hati orang lain? 
LAIN PERASAANNYA. Begitulah kehidupan, harus selalu 
memikirkan  perkara yang berlaku mahupun yang sudah berlalu. 
Harus mengambil  kira dari setiap aspek kehidupan. 
Ikut hati, MATI. Ikutilah Iman,  ikutilah semua perasaan 
manusia yang berada di sekeliling kita.

Seujujurnya, NB ni keras hatinya. Tapi NB suka 
maafkan orang. Sejujurnya juga NB bersikap terbuka dan 
tidak kisah apa yang berlaku kepada
diri NB sendiri. Hati NB ni amat kering disebabkan teralu 
banyak yang melanda. Tapi NB bersyukur dapat menjadi 
seorang yang dapat mengawal situasi dengan perasaan yang 
dikawal  tahapnya hingga menjadikan NB seorang 
yang sentiasa TABAH. 

Mungkin ada sahabat yang tertanya-tanya, 
ya memang mereka ada bertanyakan NB dan sehingga kini mereka 
tertanya-tanya apakah rahsia disebalik kehidupan NB, 
ya NB bukanlah orang yang baik, NB
sangat jahat bagi diri NB, tapi satu je, setiap manusia itu ada 
KEKURANGAN ada KELEBIHAN nya. NB banyak 
kekurangan, tapi Alhamdulillah dengan kurniaan 
Allah berikan kepada NB, NB boleh hadapi segala masalah sendirian.

NB tau, sahabat-sahabat NB ramai yang berkata mereka
tak boleh mencuba sekuat yang NB lakukan tapi wahai 
sahabat semua PLEASE!! Dalam kehidupan jangan 
katakan tidak boleh!
Kamu boleh! CUBA KUATKAN DIRIMU!
CUBA AMBIL RISIKO DALAM KEHIDUPAN!
KAMU AKAN NAMPAK JALANNYA!!

CARILAH APA YANG PERLU DICARI
CARILAH APA YANG BELUM DIJUMPAI
CARILAH APA YANG DIKATAKAN INI

DAN KAMU BOLEH MENJADI SEORANG 
YANG KUAT JUGA

PENYELESAIAN SEGALA PERKARA 
MUDAH!
SEMAK DIRI, APA KESILAPAN DIRI ATAS 
APA YANG TERJADI,
MAAFKAN SAHABAT-SAHABATMU, IKHKLASKAN 
SEGALA YANG BERLAKU,
PERCAYA BAHAWA SEMUANYA ADIL DAN 
ADALAH TAKDIR!

INSYALLAH

Ada kemanisan dalam kehidupan. Pasti ada, INSYALLAH.
Yang penting berusaha, berdoa dan bertawakal :)

Betulkan cara pemikiran, betulkan niat, MOTIVASI 
diri, terima pendapat orang, mencari kekurangan diri, ikhlas 
akan setiap yang berlaku, memaafkan insan yang berada di 
sekeliling kita walaupun sedahsyat manapun 
diperlakukan. Percayalah, jangan 'ambil port' 
sangat benda  yang memakan akan fikiran. Jadikan ia 
satu permainan hidup, satu perkara yang mencabar 
untuk menjadi manusia yang tabah pendiriaanya. 
Cuba lakukan semua ini, hidupmu akan tenang. 
Percayalah. Tiada ujian yang mematikan
seseorang itu sepenuhnya. Allah itu tidak akan 
memberikan ujian yang tidak mampu dipikul oleh 
manusia. Semuanya boleh.

Kini, sama-sama kita betulkan 'Mind Set' kita. 
Semuanya terletak kepada diri kita. 90% adalah 
bantuan sahabat kita untuk menyedarkan kita. 10% lagi 
adalah kekuatan diri sendiri samada ingin terus kuat dan 
tabah nak ikuti apa yang dinasihatkan atau pun tidak. 
Pokok pangkalnya 
DIRI SENDIRI SENTIASA
MEMAINKAN PERANAN.

'TIADA ORANG YANG BERJAYA TANPA USAHA 
DAN BERSIKAP
SAMBIL LEWA SERTA BERMALA-MALASAN'

ORANG YANG BERJAYA ADALAH 
ORANG YANG SENTIASA
MENCUBA UNTUK MENCARI JALAN 
PENYELESAIAN
BAGI SETIAP MASALAH

ORANG YANG BERJAYA ADALAH ORANG 
YANG SENTIASA POSITIF
DAN BERSEMANGAT!!!!!!

SEKIAN SAHAJA KELAS PSIKOLOGI MINDA, 
MOTIVASI DIRI
DAN KEROHANIAN KITA PADA HARI INI
YA MURID-MURID. hehehehe :D

Nampak serius saje post ni, tapi sebenarnya tetap kena happy juga. 
Hidup ini mana boleh serius 100% sangat, kena 
diselitkan keceriaan kan kan kan? Barulah
HARMONI DAN SEIMBANG :)

RELAX LAH. CUBA HAPPY :D
P/S : Sekadar perkongsiaan. Perkongsiaan itu dapat dijadikan 
sesuatu kemanisan dalam hidup sekiranya sentiasa dimanfaatkan 
dan diamalkan. Dan yaaaa, NB masih lagi meneruskan misi 
untuk terus berjaya dan maju kehadapan. Diharapkan impian 
dan usaha NB ni diberkati Allah. 
Semoga NB dapat menjadikan diri NB ni sebagai wanita 
paling  berjaya di dunia!! AMIN. Ahaa, anda pula 
bagaimana? Jadilah diri anda. 
Fikir-fikirkan dan selamat beramal :)

No comments: