Image and video hosting by TinyPic

www.ustream.tv/channel/tunggal-fm

"ENJOY EVERY MOMENT"

The Official Blog since 27 December 2009

INSTAGRAM : ninabanana94

#ninaradzali #tunggalfm

INFO : Blog ini adalah UMUM. Sebarang idelogi, teori dan apa jua yang ditulis tidak semestinya bersifat tepat dan sempurna. Yang baik boleh diambil, yang buruk boleh ditingkatkan kepada yang lebih baik. Semua penulisan adalah 100% dari buah fikiran penulis. Sebarang cadangan, pendapat, ketidakpuasan, pertanyaan event, hal berkaitan perniagaan, perkara berbentuk urusan dan apa sahaja boleh dilontarkan diruangan 'comment' atau ke alamat E-mail ninabanana94@gmail.com

Wednesday, December 18, 2013

AKTIVITI SAYAAAAA

Permulaan cerita dari 9 Disember 2013 haritu.
Masa ni birthday party secara meriah depan
studio boss a.k.a bapa angkat aku di Money Entertainment Sdn Bhd.

























Bersama dengan kawan-kawan, keluarga angkat lama, keluarga angkat baru.
Sangat best.

Okay seterusnya pula mengenai event 15 Disember 2013 (Ahad)
BERTUGAS DI INISIATIF DIGITAL MALAYSIA 
15 DISEMBER 2013 (AHAD)

Bersama Duta Digital Malaysia iaitu Datuk Rosyam Nor.
Biasanya aku jadi deejay, event kali ini diminta
untuk menjadi MC. Okay boleh je. Layaannn :)






Alhamdulillah selesai semuanya dengan baikkkkk.

















Okay, yang ini terkini! Gambar sewaktu update blog ni.
Bertugas dalam konti Tunggal FM :)

Monday, November 25, 2013

Malam Mesra MACP 2013

Malam mesra MACP (Music Author Copyright Protection) 2013
bersama semua penulis lirik, composer lagu, penerbit dan
sebagainya yang turut hadir di dalam majlis ini. Begitu juga
turut dihadiri penyeri majlis iaitu AG penyampai radio Hot FM
dan juga semua hadiran yang menjadi ahli MACP.
Malam bertemankan warna Jalur Gemilang iaitu Merah, Kuning,
Biru, Putih. 24 November 2013, Ahad di Hotel Royale
Bintang Damansara.

Harini NB hadir bersama sifu NB iaitu DJ Shah selaku penerbit
kepada semua lagu ciptaanya di Money Entertainment Sdn. Bhd
dan bersama anak-anaknya yang juga penulis lirik dan composer
kepada lagu-lagu terbitan mereka. Sebagai penyampai radio
Tunggal FM, iaitu radio internet swasta yang berlesen juga
turut hadir pada hari ini bersama boss saya. heheehehe :D


















Dimulakan dengan ucapan dari Pn Habsah Hassan
selaku Presiden MACP dan diikuti ucapan dari
tetamu yang turut hadir iaitu Menteri Komunikasi dan
Multimedia, YB Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Pelbagai persembahan dari penyanyi-penyanyi yang turut
hadir pada malam anugerah ini antaranya daripada persembahan
W.A.R.I.S dan DJ Fuzz, Kaka Azraff & RJ, Aweera & Mojo Band,
Ayu dan juga ramai lagiiiiiiiiii :)

Dan pelbagai lagi anugerah yang disampaikan malam ini
antara anugerah yang ada dan senarainya. haaa ini dia.

1. Anugerah Nadi Cipta : Adnan Abu Hassan
2. Komposer Muda Berpotensi : Aizat Amdan
3. Persembahan Lagu Tamil Terbanyak
Lagu: Mazhaiye Van Mazhaiye
Penyanyi : Vilaiyaatu Pasange
Komposer & Penulis Lirik : Saravanakumar Vengedasalam.
4. Persembahan Lagu Cina Terbanyak
Lagu: Jian Ao
Penyanyi : Jess Lee
komposer & Penulis Lirik : Yow Shann Giang, Xu Shi Zhen, Wu Hu Fu dan Fu Cong Li.
5. Persembahan Lagu Melayu Terbanyak
Lagu : Bawaku Pergi
Penyanyi : Zizan Razak & Kaka
Komposer & Penulis Lirik : Malique
6. Persembahan Lagu Luar Negara Terbanyak
Lagu : Fantastic Baby
Penyanyi : Big Bang
Komposer & Penulis Lirik : G-Dragon, Te Di dan TOP
7. Pendapatan Luar Negara Tertinggi
Lagu : Tong Hua
Penyanyi : Michael Wong
Komposer & Penulis Lirik : Michael Wong
8. Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak :
Luncai Emas Sdn Bhd
Penerbit Dengan Pendapatan Terbanyak:
EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd
9. Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak :
Habsah Hassan
10. Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak :
Mohd Nasir Mohamed


Inilah pemenang-pemenang malam ini.
Okaylah. sambil tu jom tengok gambar-gambar pula
yaa. Gambar dari awal majlis hingga akhir, makan-makan
dan selepas habis majlis pun ada. hehehe :D

Isteri my bossssss. Hihihihi

Kedua-duanya pemilik radio internet yang berlesen.
Kiri - Isma Halil Hamzah (Pemilik Bapakku FM)
Kanan - Shah Wahid Shah (Pemilik Tunggal FM)

The dinner. yyeeahhhh!


Melihat AG Hot FM Pengacara Majlis MACP 2013 yang petah
berkata-kata
Aku dan gambar tak dapat dipisahkan.
HAHAHAHA


Keluarga dan warga Money Entertainment Sdn. Bhd
dan juga Tunggal FM
Para penulis lirik, composer, warga kerja yang bekerja
satu keluarga, deejay semua bergabung 
di bawah satu bumbung.Walaupun aku berkeluarga angkat
bersama mereka, kami tetap ceria bersama dengan
KERJASAMA :)


Haiyaaa. Boss kalau makan tak pandang kiri dan kanan.
hahahahahaaha. makan, makan, makaannnnnnnn.

With them :)

Bersama AG Hot FM

Bersama Datuk M Nasir :)


Okay dan banyak lagi gambar sebenarnya. Boleh search my fb Nina Radzali
atau di www.facebook.com/NiNaBaNaNa94 laa lebih mudah. Okay lah
Banyak kerja sekarang. Byeeee :)

Thursday, October 31, 2013

Kenangan Tingkatan Enam di Prauniversiti SMK Sungai Manggis

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua!! Maaf lama sangat tak update blog. Macam biasa, sibuk dengan pelajaran dan kerjaya. Tapi taknak berceloteh panjang di post ini, sekadar sedikit coretan kenangan bersama mereka yang 'SUPER AWESOME' di kelas 6A4. Sedikit gambar kenangan untuk tatapan anda yang melihat blog saya sekarang. 31 Oktober 2013 (RABU) adalah hari terakhir kami belajar di dalam kelas. Selepas ini kami akan berjumpa di dewan peperiksaan bagi STPM sem 3 (final). DOAKAN SEMOGA KAMI BERJAYA DAN MENJADI INSAN BERGUNA PADA SATU HARI NANTI SETELAH MEPEROLEHI KEJAYAAN DI TINGKATAN 6 INI. AMINNN

Comel semua sahabat NB ni. Eheee. 


Kenangan BBQ di Paya Indah pada awal tahun 2013 haritu dan
bergabung bersama semua Tingkatan 6 Atas
(tapi dalam ni tak ramai. hehehe)






AKHIR SEKALI, GAMBAR GRADUASI. TAHNIAH
KEPADA DIRIKU SENDIRI DAN 
SEMUA PELAJAR 
PRAUNIVERSITI SMK SUNGAI MANGGIS 2012/2013

Saturday, April 13, 2013

Merenung Setiap Detik Dengan Penuh Kesyukuran

Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera.
Seindah pepohonan, seindah syurga, tiada seindah kata melainkan 
kata-katayang baik, Alhamdulillah kita menyebut tanda 
bersyukur pada yang Esa.

Alhamdulillah, syukur masih dipanjangkan umur 
bagi meluangkan sedikit masa demi sedikit perkongsian yang 
mungkin tidak seberapa bagi kamu, kamu dan kamu.
Namun, mengertilah semua ini hanyalah isi hati 
NB yang ingin NB kongsikan untuk semua 
lapisan masyarakat yang membaca blog NB ini. 
Seperti penulisan yang mengikut tema blog ini 
"Enjoy Every Moment", begitu juga perasaan NB untuk 
berkongsikan dengan lebih lagi mengenai KEHIDUPAN. 
Tanpa melengahkan masa, okay kita mulakan.

Manusia diuji, manusia dikeji, manusia ditimpa musibah, 
manusia menghadapi sepahit-pahit getir permasalahan 
didalam kehidupan. Namun pernah kita terfikir, setiap yang berlaku
itu penuh dengan hikmahnya? Menyedari akan hal yang NB hadapi 
ini, NB sendirimenghadapi pelbagai halangan, musibah, rintangan, 
kekecewaan sedak dahulu lagi. Namun, NB tidak pernah berputus asa. 
NB bersyukur dengan semua itu. Sekiranya NB
kecewa, NB akan kecewa dalam masa tertentu sahaja. 
NB akan cuba untuk motivasi diri NB sendiri
untuk berfikir dengan lebih dalam mengenai apa jua 
menimpa NB. Hanya yang benar-benar mengenali NB akan faham 
bagaimana diri NB. Tidak salah kecewa akan sesuatu itu
dan kemudiannya belajar untuk memahami apa yang berlaku, 
seterusnya memotivasikan diri sendiri.

Percayalah, setiap manusia itu pasti akan diuji, setiap 
manusia akan  menyesal dan kecewa, tetapi janganlah sehingga 
menguasai diri dan memakan pemikiran hati. Setiap manusia itu perlukan 
masa untuk berfikir sejenak. Dengan  masa tersebut, fikirlah 
bahawa banyak manafaat yang akan didapati melalui segala musibah
yang menimpa diri kita. Sejujurnya, NB selalu 
mempunyai masalah,  tetapi NB
TIDAK PERNAH MENYESAL DENGAN APA YANG BERLAKU!
NB tak baik mana. NB memang tak baik. Tetapi 
cukuplah seperti ibu NB pernah berkata, 'Sejahat mana pun seseorang itu, 
selagi dia mempunyai keimanan untuk berasa takut dengan sesuatu 
kejahatan yang dilakukan, itu menunjukkan manusia itu masih 
mempunyai keimanan'. Okay berbalik kepada penceritaan, NB 
tidak takut dengan risiko yang datang. NB 
berani mengambil risiko. Kerana NB nak belajar untuk 
menjadi manusia yang sentiasa mencari sesuatu dalam kehidupan 
untuk dijadi pendoman dan inspirasi kepada
mereka yang memerlukan.

NB selalu berfikir, sekiranya NB susah sekarang,
ada orang lebih susah situasi
permasalahan yang mungkin dihadapi oleh orang lain. 
NB bersyukur dengan apa pun  yang berlaku. Bagi NB semua yang 
berlaku itu adalah TAKDIR. Jikalau
NB menulis blog ini dengan penceritaan ini sekalipun, 
ini juga adalah takdir!! Telah sekian lama tetulis. Begitu juga 
yang terlintas di hati ini, terpulang kepada yang ingin membacanya 
meskipun tidak kerana bagi NB sesuatu perkongsian yang berharga itu 
jika tidak dikongsikan bagaikan sesuatu yang tidak dapat 
melengkapi kehidupan NB.

Dalam dunia ni, tiada manusia yang sempurna. 
Tiada manusia yang terlalu hebat melainkan pencipta kita. Allah SWT 
itu Maha penyayang, Maha pengampun,
Maha pengasih, Maha penyayang.
NB hanya mahu kongsikan disini bahawa, 
jika ingin mendapatkan HATI sebaik HATI, meskipun luaran kita 
tidaklah sebaik mana sekalipun, marilah kita bersama memperbaiki 
HATI kita.  Pentingkan persahabatan, maafkan mereka yang
menyakiti hati hati kamu. Tidak salah mempunyai 
perasaan marah. Itu adalah fitrah, ya manusia seperti NB seorang yang 
panas baran. Tetapi mengapa NB tidak marah orang terlalu lama? 
Kerana bagi NB, sekiranya  NB berbuat demikian, NB akan fikirkan
jika sejahat-jahat manusia memohon keampunan 
kepada Allah, tetapi Allah memaafkan kita, mengapa kita harus bersikap 
sukar memaafkan orang? Se-EGO mana pun diri kita,
INGAT! Ada masa kita kena rendahkan diri kita 
untuk saling memohon maaf antara
satu sama lain. Harus memaafkan kesalahan orang, harus 
juga sentiasa merendahkan diri memohon maaf meskipun tiada 
kesalahan. Kadangkala, kita rasa perbuatan
kita adalah benar, tetapi disudut hati orang lain? 
LAIN PERASAANNYA. Begitulah kehidupan, harus selalu 
memikirkan  perkara yang berlaku mahupun yang sudah berlalu. 
Harus mengambil  kira dari setiap aspek kehidupan. 
Ikut hati, MATI. Ikutilah Iman,  ikutilah semua perasaan 
manusia yang berada di sekeliling kita.

Seujujurnya, NB ni keras hatinya. Tapi NB suka 
maafkan orang. Sejujurnya juga NB bersikap terbuka dan 
tidak kisah apa yang berlaku kepada
diri NB sendiri. Hati NB ni amat kering disebabkan teralu 
banyak yang melanda. Tapi NB bersyukur dapat menjadi 
seorang yang dapat mengawal situasi dengan perasaan yang 
dikawal  tahapnya hingga menjadikan NB seorang 
yang sentiasa TABAH. 

Mungkin ada sahabat yang tertanya-tanya, 
ya memang mereka ada bertanyakan NB dan sehingga kini mereka 
tertanya-tanya apakah rahsia disebalik kehidupan NB, 
ya NB bukanlah orang yang baik, NB
sangat jahat bagi diri NB, tapi satu je, setiap manusia itu ada 
KEKURANGAN ada KELEBIHAN nya. NB banyak 
kekurangan, tapi Alhamdulillah dengan kurniaan 
Allah berikan kepada NB, NB boleh hadapi segala masalah sendirian.

NB tau, sahabat-sahabat NB ramai yang berkata mereka
tak boleh mencuba sekuat yang NB lakukan tapi wahai 
sahabat semua PLEASE!! Dalam kehidupan jangan 
katakan tidak boleh!
Kamu boleh! CUBA KUATKAN DIRIMU!
CUBA AMBIL RISIKO DALAM KEHIDUPAN!
KAMU AKAN NAMPAK JALANNYA!!

CARILAH APA YANG PERLU DICARI
CARILAH APA YANG BELUM DIJUMPAI
CARILAH APA YANG DIKATAKAN INI

DAN KAMU BOLEH MENJADI SEORANG 
YANG KUAT JUGA

PENYELESAIAN SEGALA PERKARA 
MUDAH!
SEMAK DIRI, APA KESILAPAN DIRI ATAS 
APA YANG TERJADI,
MAAFKAN SAHABAT-SAHABATMU, IKHKLASKAN 
SEGALA YANG BERLAKU,
PERCAYA BAHAWA SEMUANYA ADIL DAN 
ADALAH TAKDIR!

INSYALLAH

Ada kemanisan dalam kehidupan. Pasti ada, INSYALLAH.
Yang penting berusaha, berdoa dan bertawakal :)

Betulkan cara pemikiran, betulkan niat, MOTIVASI 
diri, terima pendapat orang, mencari kekurangan diri, ikhlas 
akan setiap yang berlaku, memaafkan insan yang berada di 
sekeliling kita walaupun sedahsyat manapun 
diperlakukan. Percayalah, jangan 'ambil port' 
sangat benda  yang memakan akan fikiran. Jadikan ia 
satu permainan hidup, satu perkara yang mencabar 
untuk menjadi manusia yang tabah pendiriaanya. 
Cuba lakukan semua ini, hidupmu akan tenang. 
Percayalah. Tiada ujian yang mematikan
seseorang itu sepenuhnya. Allah itu tidak akan 
memberikan ujian yang tidak mampu dipikul oleh 
manusia. Semuanya boleh.

Kini, sama-sama kita betulkan 'Mind Set' kita. 
Semuanya terletak kepada diri kita. 90% adalah 
bantuan sahabat kita untuk menyedarkan kita. 10% lagi 
adalah kekuatan diri sendiri samada ingin terus kuat dan 
tabah nak ikuti apa yang dinasihatkan atau pun tidak. 
Pokok pangkalnya 
DIRI SENDIRI SENTIASA
MEMAINKAN PERANAN.

'TIADA ORANG YANG BERJAYA TANPA USAHA 
DAN BERSIKAP
SAMBIL LEWA SERTA BERMALA-MALASAN'

ORANG YANG BERJAYA ADALAH 
ORANG YANG SENTIASA
MENCUBA UNTUK MENCARI JALAN 
PENYELESAIAN
BAGI SETIAP MASALAH

ORANG YANG BERJAYA ADALAH ORANG 
YANG SENTIASA POSITIF
DAN BERSEMANGAT!!!!!!

SEKIAN SAHAJA KELAS PSIKOLOGI MINDA, 
MOTIVASI DIRI
DAN KEROHANIAN KITA PADA HARI INI
YA MURID-MURID. hehehehe :D

Nampak serius saje post ni, tapi sebenarnya tetap kena happy juga. 
Hidup ini mana boleh serius 100% sangat, kena 
diselitkan keceriaan kan kan kan? Barulah
HARMONI DAN SEIMBANG :)

RELAX LAH. CUBA HAPPY :D
P/S : Sekadar perkongsiaan. Perkongsiaan itu dapat dijadikan 
sesuatu kemanisan dalam hidup sekiranya sentiasa dimanfaatkan 
dan diamalkan. Dan yaaaa, NB masih lagi meneruskan misi 
untuk terus berjaya dan maju kehadapan. Diharapkan impian 
dan usaha NB ni diberkati Allah. 
Semoga NB dapat menjadikan diri NB ni sebagai wanita 
paling  berjaya di dunia!! AMIN. Ahaa, anda pula 
bagaimana? Jadilah diri anda. 
Fikir-fikirkan dan selamat beramal :)

Saturday, March 16, 2013

8th & 9th March 2013 show at Putrajaya

Hello. Assalamualaikum and have a nice day ya babes and dudes. Nothing much to say, just enjoy with the photo that I had been post here. Just to share more about myself since I am too busy with this career right now. Thanks for viewing and visiting. Enjoyyyy :)

BAKTI and PDK Sales at Putrajaya. Special sales by 'PDK communities'

handmade from all over countries in Malaysia.
Event dua hari pada Jumaat dan Sabtu bagi peringkat Piala Perdana dan Peringkat Kebangsaan.


With YABHG Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali




With YABHG Datin Paduka Seri Rosmah Mansor for lucky draw session

Our little succesful soundman (Ewan/Angah)

With 'TunggalFM' banner


The finale night where I wore 1M4U (1Malaysia For Youth) T-shirt :D

*For further photo at 'Nina Radzali' and 'Ahli Tunggalfm' Facebook.

We're together, unite on the stage for this big event at Putrajaya while present it LIVE on our internet radio broadcasting under license called "TunggalFM". Thank you and congratulation to Money Entertainment with TunggalFM's crew who had been make this event fully success on 8th and 9th March. **********************************************************



P/S : As a radio announcer, MC and deejay's for event while studying at form 6, I am aiming for maximum SUCCESS. Wishing for being most successful women in the world is my dream. With full faith, belief and strength, do pray for my success. I'll do pray for you. For last, keep on listening to TunggalFM at www.justin.tv/tunggalfm

Friday, January 4, 2013

HAPPY FIRST DAY AS UPPER SIX STUDENT

Yoww what? Whatsuupppp? Merajuk ke? Ahakkss. Nonononno. Ini malu namanya. Wakakaka. (sejak bila aku malu-malu ni):p *Lokasi : Tingkat 4 Pra U SMK Sungai Manggis zone. Kelas 6A4 Okay, before that, HALUUU HALUUU, ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA untuk you all yang sedang baca blog NB harini.
APA? Korang kata NB ceria? What? HAHA. Yes, ceria ceria ceria. Lalalalaala. Sebab ceria la ramai dok tegur NB makin chubby di pipi and whatsoever (ala2 cakap Teacher MUET's ku) hahaha. Habis nak acano lagi? Dah NB cuti makan tak ikut time aje. Makan pun asyik yang sedap-2 dan bebanyak je. Then makan lewat lepastu tidur lepas penat kerja. Mana tak nye. Hihihi.
Okay okay dah dah. Sebenarnya NB nak cerita, pengalaman masuk new sem ni. Sem 1 kan dah lepas. Ni kan sistem baru untuk form 6. So, kena la hadapi sem by sem right. Okay, sem sebelum ni NB tak cerita pun. Tapi takpelah. Yang mudah NB nak kata walau sem sebelumnya okay okay je yang penting NB sudah mengenali ramai sahabat-sahabat baru yg WOW. Walau mungkin perit sikit di sem 1 nak hadapi macam2 lagi2 dengan study punya la kejap je lepastu dah nak exam, tapi kira cool la. Ada hikmahnya. Dari situ detiknya NB berkenalan dengan cikgu2 dan sahabat yang memang wa cakap lu perghh 'WOW' habis bebbb. hahaa (apa brutal sangat daaa).
First day masuk haritu hari Rabu tau. Pada 2 Januari 2013. Perghhh. Memang best la jumpa mereka dan mereka, awak dan awak yang semua lama tak jumpa tu kan kann. Haa ni NB nak cite, first day ni la kan memang la agak terkezut, iyolah ingatkan relax dulu. Rupanya dah pergi dengar PBS yang melambak bakal dihadapi every week iaitu Isnin dan Selasa. Hualawehh. Beban bebann. Tapi takpe, NB think positif daaa.
Okay. Lupakan pasal PBS sebentar. Yang penting, tahun ni azam baru. NB makin semangat. Hoho. Dalam sibuk dah mula study tu kan, time MUET bersama Teacher Farah, ooooooeemmmgeeee, best la pula bila dapat release everything sebab happy2. Teacher tanya dan minta one by one of my class kena la ye bangun untuk menceritakan apa aktiviti sepanjang cuti sem dengan speak in english dengan tiga ayat. Hohoho.
Sampai turn aku, lebih dari tiga ayat. Banyak nak dibebel and kongsikan. (takde la banyak sangat tapi diringkas-ringkaskan) hahaha. Aku bangun dan cakap la macam ni. "Well there's nothing special about myself and what I am doing on this holiday. But there are lots of special things for me. That is my job". Lepas tu teacher tanya la "what job?"(haha teacher ni dah tau buat2 tanya pula ya. hahaa)."Yaa, where I played a music on radio and be a radio announcer as usual" dan blablablabla semua sampai teacher tanya mana konti semua kan kan kann. Tapi ini intro je. Ada lagiii. hoho. "The interesting part is where I go for outstation, for outsider job" Then teacher pun tanya, "As a deejay lah?" Dan aku pun jawab "Yupp, and also as an MC for any event such like wedding, dinner, hi tea event and fashion show at Dato' Seri Paduka Hj Shafie Salleh house at Morib for errr (tengok2 jari berapa kali dah lupa) and yeahh for about 4 times working at Dato' Seri house.
Okay then, teacher pun tanya, "is there any other interesting part?". And i said, "Yes yes, sure! For outstation, I do visit Palong, Negeri Sembilan where I have to work for an event there. The interesting part is where I meet new people, new friends, (sementara tu member sebelah iaitu Mun saje dok mencelah "get new boyfriend". Ahaa, aku pun buat la loyar buruk, yaa new boyfriends too. haha. padahal joking only, aku pi kerja focusss mehhh. hahaha)The other thing is where I could watching live people at Negeri Sembilan playing 'caklempong' and playing another percussion, and definitely I love it".
"Next is, where I go for a vacation with my second family at Bagan Lalang, where we bring along our artist that is Zaiton Sameon". then teacher "who?" Aku ulang sekali lagi "Zaiton Sameon". Then teacher angguk. Hihihi. Then part last aku cakap, "And at last but not least, I always remember my lovely teacher Farah on my holiday" Bhahahahaha. Teacher gelak je dan cakap "(Laughing). There's no marks for that, but thank you". HAHAHAHAHA. Menyempat lagi kan akuu. wakakakaa.
Buuuttt before that. Sebelum game sharing story ni bermula, teacher suruh semua target nak dapatkan band 1,2,3,4,5 or 6 for MUET's exam this year. So majority angkat la tangan utk target band 3 and 4 gitu. Aku dok angkat tangan target band 4. Suddenly teacher marah and tanya aku "why you target only band 4?" aku pula, "arr ehhmm err aaaa, 'merendah diri teacher, oh ya humble la teacher". Teacher pula, "what 'merendah diri'? you must target yourself band 5". Aiyarkkkk. teacher please la don't say like that teacher (dalam hati meronta-ronta). Aku dah takmau dijadikan sasaran. Cukup lah SPM dulu aku kecewa. Dari awal tahun dapat result baik punya then the real exam result biasa je. Sebab tu aku nak taknak je target. Hmm hhmm hmmmmm.
Okay then for last, teacher cakap lah "So, I target this three people that is Ezra, Amanina (me) and Mahanim". Okay, sejak teacher bagi kepercayaan ini, semangat aku berkobar-kobar nak tunaikan apa yg dikatakan. Takmau kecundang. Takmauuuuuuuuu. Tahun ni pun pelik2 je bila dua orang adik Wanny masuk SMK Sungai Manggis. Wahh gituu. Haha. Okay STOP! Banyak nye aku membebel. Kbyeeee :D 

Motifnya disini adalah, "BERUSAHA DAN CUBA MENGAMBIL RISIKO DENGAN LEBIH LAGI. AMBIL SESUATU CABARAN DENGAN HATI YANG TERBUKA". Tidak menjanjikan akan benar dapat apa yang dimahukan, tetapi MENCUBA untuk dapatkan apa yang dimahukan. I try. I promise <3

*Ahaa. Ada seorang class joker aku ajar satu ayat baru beb. Katanya 'slapper ball'. Bila ditanya katanya 'Bola tampar'. HAHAHAHAHAH!

P/S : Eh ehh meh nak bisik sikit. Tahun ni kita dah mula pakai vest pengawas, dan adalah kannn si gendut tu cakap kita nampak gemuk. Eiii sibuk jee la mat gendut lagi gediks tu. HAHA :p