Image and video hosting by TinyPic

www.ustream.tv/channel/tunggal-fm

"ENJOY EVERY MOMENT"

The Official Blog since 27 December 2009

INSTAGRAM : ninabanana94

#ninaradzali #tunggalfm

INFO : Blog ini adalah UMUM. Sebarang idelogi, teori dan apa jua yang ditulis tidak semestinya bersifat tepat dan sempurna. Yang baik boleh diambil, yang buruk boleh ditingkatkan kepada yang lebih baik. Semua penulisan adalah 100% dari buah fikiran penulis. Sebarang cadangan, pendapat, ketidakpuasan, pertanyaan event, hal berkaitan perniagaan, perkara berbentuk urusan dan apa sahaja boleh dilontarkan diruangan 'comment' atau ke alamat E-mail ninabanana94@gmail.com

Wednesday, July 11, 2012

Begitulah kehidupan sebagai pelajar dan penghibur :)


Assalamualaikum . Salam sejahtera , Salam 1 Malaysia .
Haluuu haluuu semua . Pasti ramai tertanya-tanya ,
kemana hilangnya saya dari menerbitkan
sesuatu yang baru di laman blog saya kan ?

Ini kerana pada bulan2 yang lepas , saya telah menyambung
pelajaran saya sebagai seorang pelajar Tingkatan 6 di
sebuah sekolah iaitu SMK Sungai Manggis di Banting sebagai
pelajar Pra Universiti .

Sebenarnya ini adalah keputusan yang agak mengejut
setelah saya dapat tawaran untuk berada di Tingkatan 6 .
Ya , pada mulanya memang saya menolak
sekeras-kerasnya , tapi atas semangat dan dorongan
rakan baik iaitu rakan sekerja saya iaitu
Wanny Sahwahid dan juga rakan-rakan yang lain ,
ALHAMDULILLAH inilah keputusan yang tepat ! Berada di
tingkatan 6 ini dengan hanya 1 tahun setengah waktu
yang sangat singkat kan ? Sebabnya , bukan sistem macam
dulu lagi dah . Ni sistem modulla kata cikgu . Jadi
bukan berehat mcm tingkatan 6 lain kemudian perah otak
sangat2 untuk STPM . Kerana habis sahaja Semester pertama
kena exam , dan begitu lahh seterus dan seterusnya .
Hihi :D

Tapi dalam pada itu , korang nak tau tak ? Sambil
memikul tanggungjawab sebagai seorang Pelajar
Tingkatan 6 , NB tetap masih memikul tanggungjawab
sebagai seorang penyampai radio internet swasta
berlesen iaitu TunggalFM . Sambil2 tu juga DJ di event2
luar dan MC majlis . Sambil tu juga Alhamdulillah kini
dalam proses percubaan memikul tanggungjawab sebagai
pengawas sekolah percubaan di sekolah . Disamping juga
sebagai seorang Setiausaha lagi untuk berada di
Tingkatan 6 ini bagi Kadet Remaja Sekolah .

Jadi , betapa besarnya kan pengorbanan seseorang
yang ingin berjaya ? ANDA INGIN BERJAYA ?
YAKIN PADA DIRI ! BIAR APA ORANG NAK KATA ,
JANJI KITA TAHU TAHAP KEMAMPUAN KITA !
Jika ingin berjaya , jangan sesekali mengatakan
anda tidak boleh kerana dalam dunia ini
TIADA APA YANG TIDAK BOLEH ! Semua boleh jika
diiringi dengan USAHA :)


*Sambil-sambil tu nak juga kongsi foto-foto
kenangan di Sekolah , suasana tempat kerja
di konti , event luar dan sebagainya :)

(bersama rakan di Pra U (Form 6) SMK Sungai Manggis)


(Di konti TunggalFM bersama sifu DJ Shah , Zaiton Sameon , Dino Menara)


(Menemuramah seseorang di Bintang Remaja IYC & Battle
Of The Band di IYC KL)


(Bersama Iqwal Hafiz si penyanyi cilik hebat di Busut Baru)


(Rakan setugas juga rakan lama , rakan sekolah dari dahulu ,
rakan karib , selaku Manager juga di Money Entertainment
dan TunggalFM . Dia lah segalanya . Pembakar semangat dan motivasi
diri . Dia seorang yang cute dan penyabar . Dia juga anak
kepada sifu saya DJ Shah)



(Rakan setugas iaitu DJ Jang yang baik budi serta
sopan berbicara)


P/S : Nak seribu daya , tak hendak seribu dalih .
USAHA TANGGA KEJAYAAN ! Orang berjaya tidak pernah
mengalah sebelum mencuba :)