Image and video hosting by TinyPic

www.ustream.tv/channel/tunggal-fm

"ENJOY EVERY MOMENT"

The Official Blog since 27 December 2009

INSTAGRAM : ninabanana94

#ninaradzali #tunggalfm

INFO : Blog ini adalah UMUM. Sebarang idelogi, teori dan apa jua yang ditulis tidak semestinya bersifat tepat dan sempurna. Yang baik boleh diambil, yang buruk boleh ditingkatkan kepada yang lebih baik. Semua penulisan adalah 100% dari buah fikiran penulis. Sebarang cadangan, pendapat, ketidakpuasan, pertanyaan event, hal berkaitan perniagaan, perkara berbentuk urusan dan apa sahaja boleh dilontarkan diruangan 'comment' atau ke alamat E-mail ninabanana94@gmail.com

Wednesday, September 26, 2012

Kesedihan mengajar aku erti kehidupan

Apa itu sedih, apa itu kecewa, apa itu duka, APA ITU MERINTIH KESEDIHAN KESEORANGAN?

Tapi aku tahu, aku tidak pernah keseorangan. Aku sentiasa boleh berdoa, berusaha dan tawakal dengan apa yang terjadi dan bakal terjadi.

Bak kata brother apiz "Yang akan terjadi tetap terjadi".

Kesedihan yang dialami, ya sejak dahulu. Tapi aku terus tabah dan kuat hingga kini. KERANA APA? Kerana semangat untuk memberikan dan mencuba yang terbaik. Aku tahu, jika aku berkorban sedikit untuk kebahagiaan akan datang dan bersabar menjalani segala ujian, aku adalah manusia yang kuat kerana boleh mengharungi ini semua walaupun bersendirian.

Awak awak dan awak, awak yang lain yang sedang baca ini yang mungkin merasakan yang sama seperti yang saya rasa, PLEASE JANGAN PERNAH DOWN. Kalau awak rasa down, semangat awak mesti boleh bangkit semula balik. Sebab saya percaya Allah tidak akan menduga hambanya melebihi kemampuan hambanya kan?

Betapa kerasnya hati saya. Sukar untuk menangis. Tapi saya sering menangis disebalik tabir yang semua orang tidak akan dapat melihatnya. Tapi bila saya mula menangis dihadapan awak awak dan awak. Itu tandanya, saya benar-benar sedih hingga tidak dapat menahan air mata saya. Tapi apa jadi SAYA TETAP KUAT.

Sedarlah, bahawa dugaan mengajar erti kehidupan. Sentiasa mematangkan diri kita. Kalau kita mengalami semua ini dalam usia yang awal, itu lebih baik. Kerana kita akan belajar lebih awal bagaimana untuk bertindak matang menguruskan kehidupan.

HIDUP MESTI STEADYYYYYYYYYY :D "Enjoy Every Moment"

*Kalau saya BOLEH, takkan awak tak boleh kot. Yakini AWAK SEMUA YANG BACA NI BOLEH! :)\

P/S : Kadang-kadang, Allah sembunyikan matahari. Allah turunkan hujan dan ribut petir. Kita menangis mencari-cari kemana hilangnya matahari, Rupa-rupanya Allah nak berikan kita pelangi♥

No comments: