Image and video hosting by TinyPic

www.ustream.tv/channel/tunggal-fm

"ENJOY EVERY MOMENT"

The Official Blog since 27 December 2009

INSTAGRAM : ninabanana94

#ninaradzali #tunggalfm

INFO : Blog ini adalah UMUM. Sebarang idelogi, teori dan apa jua yang ditulis tidak semestinya bersifat tepat dan sempurna. Yang baik boleh diambil, yang buruk boleh ditingkatkan kepada yang lebih baik. Semua penulisan adalah 100% dari buah fikiran penulis. Sebarang cadangan, pendapat, ketidakpuasan, pertanyaan event, hal berkaitan perniagaan, perkara berbentuk urusan dan apa sahaja boleh dilontarkan diruangan 'comment' atau ke alamat E-mail ninabanana94@gmail.com

Wednesday, July 20, 2011

Perlibahasa



Okay-okay , today Nina bosan . So NB google lah
macam dan dapat lah macam2 Peribahasa yang dah
diubah jadi PERLIBAHASA yang agak kelakar kan .
(Kalau tak kelakar diam-diam okay) .
Kalau rasa kelakar , okay Terima Kasih daun
keladi lain kali puji lagi . HAHA .


Semoga enjoy okay dengan Perlibahasa yang ada NB
copy paste , ade yang diubahsuai , ade jugak
yang NB buat sendiri . haa so marilah kita
tengok yea PERLIBAHASA yang best-best di alam
semesta ni . Haha best ke ? Enjoy lah okay ,
saya JAMIN anda akan gelak sampai muntah darah
warna purple . (Okay , NB tipu je) . HAHA !





Perlibahasa
1. Terlajak perahu boleh diundur , terlajak kereta pun boleh undur , terlajak kapal terbang takde gear reverse .

2. Bersatu kita teguh , bercerai kita kahwin lain.

3. Sudah jatuh ditimpa escalator , malang berbau taik kucing .

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu .

5. Harimau mati meninggalkan belang , isteri mati
meninggalkan gelang , suami mati meninggalkan hutang .

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga nasi pun habis .

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (so , please gosok
gigi okay)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali
kalau ada beruk atas pokok tu .

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau
walaupun tak berbunyi .

10. Biar mati bini jangan mati anak
(boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar
sampai kepangkal ketiak .

12. Biar korek hidung jangan korek tabung .

13. Berakit-rakit kehulu , berenang-renang ketepian
lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan
isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi , tidak aku ternanti-nanti ,
kalau sudi katakan sudi , kalau tak sudi boleh blah :p

16. Harapkan alarm , alarm tak berfungsi tanpa battery .

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula
tempat kena saman .

18. Hujan emas dinegeri orang , hujan batu dinegeri sendiri ,
kalau macam tu lebih baik tak payah hujan .

19. Biar lambat asalkan perlahan .

20. Kalau tiada rotan , pelempang ajelah .

21. Habis madu , sepah jangan dibuang merata-rata.

22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis
badminton , pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging
dicincang tandanya ada kenduri

24. Kerbau berpegang pada tali , manusia berpegang
gunakan tangan .

25. Pinggan tak retak nasi tak dingin ,
kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa .

26. Takkan lari gunung dikejar , tapi kalau tak
kejar pun gunung tu takkan lari jugak .

27. Patah tumbuh , hilang report polis.

28. Berapa berat mata memandang , berat lagi ahli
sukan yang masuk acara angkat berat .

29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak
masuk Sukan Olimpik juga .

30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru .

31. Kalau ada sumur diladang , boleh hamba menumpang
mandi , kalau ada umur yang panjang , bolehlah kita
kahwin lari .

32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat , Kajang hamba makan
satay Kajang lagi best .

33. Kalau kail panjang sejengkal ,
belilah kail yang panjang sikit .

34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah
ditepi pantai , buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la .

35. Pecah kaca pecah gelas , kalau dah pecah tu tak
reti-reti nak ganti ke .

36. Kecil-kecil cili padi,kecil lagi biji cili .

37. Air yang tenang jangan disangka tiada ikan .

38. Hidup segan mati ditanam .

39. Cubit paha kanan peha kiri tak rasa apa-apa pun .

40. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian cukai
pendapatan .





*Segala ayat diatas hanya rekaan semata-mata .
Tiada niat untuk merosakkan bahasa .
Sekadar untuk berlawak jenaka dan menghiburkan
hati . Ape yang penting ?
"Siapa makan babi terasa haramnya" .
opssss ! HAHAHA (nakalnya) hihi :D




P/S : Bagaikan beli baju mahal-mahal dekat Pavilion ,
sekali nampak dekat uptown baju yang sama tetapi murah :p



Monday, July 18, 2011

Ending cerita 'Juvana' TERBAIKK !


Assalamualaikum w.b.t . Salam sejahtera serta salam 1 Malaysia .
Salam readers sekali yeaa . Yeaahh . Oh yeah , siapa peminat
cerita Juvana dekat sini ? wohooo . Kalau korang ada
minat yang sama macam NB , mai baca post NB tentang
Juvana ni .





Pendapat tentang cerita Juvana
Ending Juvana memang TERBAIK . siapa sangka dulu orang
semua dok sibuk cakap Juvana harus dihentikan kerana
menggalakkan pukul/buli antara pelajar boleh dapat
feedback yang baik dari semua orang sekarang ni
sebab ending dia memang dah TERNYATA bagi pengajaran .
huhu . smart kan ? Tapi satu jeh comment dari NB .
NB ni bukanlah baik sangat tapi NB pelik , cikgu Zakiah
yang muda lagi pakai tudung patut keh salam dengan
Daim masa dia nak keluar dari sekolah Juvana tu
pada last ending . Rasa macam tak patut kann ?
Haih pape jeh lahh . Janji ending ade pengajaran .
Ape sahaja perbuatan jahat akan dibalas dengan kejahatan !



Ni antara gambar LiveChat yang Nina nak share
sikit dekat sini yeahh . huhu .






(Focus dekat BOTAK a.k.a Johan Asari okayyy ! :D)

*semua yang NB cakap dekat atas tu pendapat NB okay !
Bukan pendapat korang . Lain orang lain pendapat kan .
Ada orang cakap Juvana best , ada cakap entah pape
lahh and whatever else . Tapi biarlah ape orang nak
cakap . Yang penting , dekat Twitter MEMANG HOT
semua dok beri feedback yang baik pasal cerita Juvana
dari yang bagi feedback teruk . So ? ape lagi ?
Boleh lawan debat dengan saya ? LOL


Okay , NB mengaku !! NB minat betul dengan
Botak a.k.a Johan Asari . hihihi . Dia tu sebenarnya
cute bila ada rambut . Muka macam ada 'Nur' .
iyollahh . budak belajar dekat Universiti Islam
yang dah hafal 2 juzuk Al-Quran and pernah jadi
budak tahfiz kann kann . Boleh lah cakap kann .
Hihihi . (jeles my bf puji lebih ni) hihihi ♥


P/S : Serious , sampai sekarang ni haa TERUJA dengan
cerita Juvana ni . yyeeeehaaaa ♥