Image and video hosting by TinyPic

www.ustream.tv/channel/tunggal-fm

"ENJOY EVERY MOMENT"

The Official Blog since 27 December 2009

INSTAGRAM : ninabanana94

#ninaradzali #tunggalfm

INFO : Blog ini adalah UMUM. Sebarang idelogi, teori dan apa jua yang ditulis tidak semestinya bersifat tepat dan sempurna. Yang baik boleh diambil, yang buruk boleh ditingkatkan kepada yang lebih baik. Semua penulisan adalah 100% dari buah fikiran penulis. Sebarang cadangan, pendapat, ketidakpuasan, pertanyaan event, hal berkaitan perniagaan, perkara berbentuk urusan dan apa sahaja boleh dilontarkan diruangan 'comment' atau ke alamat E-mail ninabanana94@gmail.com

Saturday, April 30, 2011

Tindakan/perkara yang aku akan buat bila . . .




Assalamualaikum , salam sejahtera , serta salam 1 Malaysia
kepada smeua blogger2 yang cantik , tampan , comel ,
menarik dan sebagainya . (bodek jangan tak bodek) .
heee http://www.cute-smiley.com

Orait . harini cik NB ni nak bercerita sikit
tentang tindakan/perkara yang NB akan buat
bila . . bila ape ? huhh . ade dua kategori
sama ada Tengah Mood Baik atau Tengah mood tak baik .
korang nak tau ? Nak tau baca , taknak tau udah .
Cik NB tak heran sikit pun . heee .


Tengah Mood Baik

NB ni mudah merajuk , touching sikit dengan ayat orang .
Kadang-kadang tak kesah pun pasal benda tu sangat .
Tapi kadang2 tu jeh gedik2 emosi plak . HAHA .
Kalau dah kena pujuk or mood NB ni baik ape lagii ,
NB mesti baik lain macam . NB jadi caring and baik
sangat-sangat time tu . Kalau orang buat baik dengan
NB lagi lah NB jadi baik sangat-sangat mood nye .
TINDAKAN ? haa , NB akan senyum tak pasal2 , ape
NB buat semua NB suka . Lagi satu , kalau cuaca
sejuk or hujan , NB jadi rajin aw . Ape yang NB
tak buat pun NB jadi buat . Bila NB dah mood baik
sangat NB mulalah senyum sorang2 and susah nak
tidur . NB OBSES dengan gigi .
Jadi NB akan berus gigi kaw2 bila happy .
(sengalnye aku ni) .



Mood Tak Baik

Hoohh , yang ni memang NB nak sangat cerita
at korang biar korang semua tahu . NB ni
cukup PANTANG ORANG CARI PASAL dengan NB tiba2
lagi2 kalau NB tak kenal orang tu siapa .
Yang kenal pun agak touching and marah sikit ,
inikan yang tak kenal . fuhh , Ni kes FB lah ni .
NB cukup meluat orang im chat NB lagi2 lelaki
then tanya NB soalan bodoh yang dah terpampang
ada dekat info . Macam ape sangat . GERAM aw .
Lagi pulak yang mintak number phone then tak
hormat NB lagi nak paksa2 . Bila tak bagi dicarut
and dimarah . eisshh . memang moody kaw2 NB .
Lagi pulak belum kira yang tibe2 hantar im cari
pasal . NB buat ape aww ? NB marah then tak banyak
cakap NB REMOVE , BLOCK jeh beruk2 , jakun tu
semuaaa ! Lagi satu , NB kalau tak ada mood ,
makin melahap NB makan . time macam ni lah NB
suka makann lagi tambah suka . (agaknye kalau
tak ada makanan NB makan orang kot . hehe)
Kalau NB dah marah sangat naik ke kepala ,
NB nangis ke hapee , automatik NB rasa mengantuk .
Kalau atas katil or ada bantal . NB terus landing
tidur . HAHAHAHAHAHA


paling confirm kalau NB marah ke tak marah
NB paling tenang and suka kalau dengar MUSIC .
NB memang MUSIC LOVER dari dulu . sampai NB tubuh
group dengan nama tu dulu . tapi sekarang agak
lesap . tapi takpe , nanti NB up kan balik group tu .
huhu . Tapi paling afdal NB akan tenang dengar
azan atau ayat-ayat Al-Quran la . itu sudah mesinye
lahh kan :)

Kesimpulan nya , kalau dah nampak apa
yang bagus time NB mood baik ni amal2 kan
lah eh buat baik dekat NB . Kalau nampak
yang tak berapa baik at NB , tengok la ape
NB buat . huhu http://www.cute-smiley.com




P/S : Banyak lagi sebenarnya nak cerita . yang penting
NB ni memang orang suka cakap NB ni PELIK . haha .
Tak boleh maa cerita banyak2-banyak nanti korang
tauu NB punya kegilaan . HAHA .


Friday, April 29, 2011

Prince William & Kate Middleton



Assalamualaikum , salam sejahtera serta salam 1 Malaysia .
Hello , hello Blogger semua . NB taktahu lah
ape mimpi NB ni TERUJA sangat2 dengan royal wedding
between Will & Kate ni sampai nak post entry pasal
mereka berdua ni . Tengok lah serba sedikit artikel
yang NB nak share tentang Will & Kate ni http://www.cute-smiley.com





Seluruh dunia bakal menyaksikan
perkahwinan gilang gemilang pewaris takhta Britain,
William Arthur Phillips Louis Mountbatten-Windsor dengan
Kate Middleton.

Perkahwinan diraja itu akan disiarkan secara langsung dari
Westminster Abey, London, pada pukul 3 petang di stesen
televisyen NTV7. Siaran langsung itu selama lima jam setengah,
berakhir pada kira-kira pukul 8.30 malam. Perkahwinan
William-Kate memang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat
Britain yang selama ini murung setelah kematian Lady Diana
Spencer, ibu William. Secara tidak langsung, perkahwinan
William dan Kate mengembalikan nostalgia indah perkahwinan
Putera Charles dan Puteri Diana Spencer pada 21 Jun 1981.
Aura Lady Diana dikatakan begitu kuat mempengaruhi rakyat
Britain sehinggakan anak kepada Earl Spencer
kelapan itu sentiasa dekat di hati rakyat Britian. Tidak
hairanlah dia digelar ‘Puteri Berjiwa Rakyat’ yang mana
hari ini besar kemungkinan Kate merupakan pengganti terbaik
Lady Diana. Buat sekian lama rakyat Britain dahagakan
kehadiran seorang puteri yang boleh diangkat sebagai ikon
dan sanjungan setelah kehilangan Diana.Kini rakyat Britain
boleh bergantung harap kepada Kate untuk meneruskan legasi
aura Diana dalam keluarga diraja Britain. Rata-rata, ramai
yang akan melihat apakah fesyen yang dibawa oleh Kate
setanding dengan fenomena fesyen rambut Lady Diana yang
menjadi ikutan kebanyakan wanita.


Yang pasti, William tidak akan mengalami nasib
serupa seperti Charles yang mana ketika Diana di sisinya,
Charles dibayangi oleh kemasyhuran mendiang puteri itu.
Berdasarkan tinjuan rambang yang dilakukan di Britain,
William, 28, amat popular sehinggakan popularitinya mengatasi
ayahandanya itu. Desas desus juga kedengaran, rakyat Britain
mahu William diangkat untuk menggantikan
nendanya, Ratu Elizabeth 11.Menyingkap sedikit perkenalan
pasangan diraja itu, mereka mula berkenalan sekitar tahun 2001
ketika menuntut di Universiti St. Andrews, Scotland
dan sering dilihat keluar bersama sejak dari itu. Bermula
dari situ, William yang setahun lebih muda daripada Kate
membuat keputusanuntuk mengikat tali pertunangan pada
17 November tahun lalu. Berita pertunangan mereka disambut
dengan kesyukuran kerana pengganti Lady Diana telah muncul
di alaf baru ini. Pasti William bangga apabila Kate menjadi
permaisurinya kerana cinta yang dipupuk selama ini,
berakhir dengan ikatan perkahwinan.





P/S : Kate Middleton ni pun sama macam Princess Diana
tu dulu . Asal orang biasa je . Ramai yang ramalkan
nasib dia akan sama macam mak Putera William tu .
Sifat2 dia pun lebih kurang je dengan Princess Diana .
Harap-harap nasib dia tak sama lah yea dengan Princess
Diana yang mati teraniaya akibat kemalangan yang dirancang .


Thursday, April 28, 2011

Suka Duka . .



Assamualaikum para Blogger semua ! NB rindu sangat2
dekat blogger2 semua expecially yang rajin blogwalking
at blog NB ni . huhuhu .


Tapi , dalam happy2 pun dapat update blog ni , NB
sedikit sedih lah mengenangkan hal lama . Entah macam
mana lah NB boleh terkenang-kenang hal lama pulak ni .
NB rasa kan , manusia ni memang mudah sangat kan berubah ?
Korang setuju takk ? Manusia ni pandai berjanji dan berkata
yang manis-manis je , tapi da lama-lama kawan makan kawan ,
lupa janji dan segala bagai yang lain lahh . tapi lantak
lah diaorang kan . Biar Allah yang membalasnya .
Takpe2 . biarlah diaorang tu kan . kann . asalkan
ada para blogger yang sentiasa sokong NB ,
NB SAYANG KORANG SEMUA LAHH ! http://www.cute-smiley.com


ingatlah ye , berkawan biar lah selamanya .
jangan putuskan hubungan berkawan hanya kerana
untuk mementingkan diri sendiri dan mengikutkan
perasaan sendiri . Kalau benar lah anda benar2
bernama SAHABAT , anda tidak akan begini kan ?
Saya tak kisah lah anda tu nak pikir ape ,
janji hanya Allah saja tau betapa masih sayangnye
saya kepada anda sahabat ! :)






P/S : Kalau rasa bersalah , rasa tak bersalah sekali pun ,
ingatlah aku tak akan pernah marah kalau kau nak
tegur aku . Aku mesti akan balas balik teguran kau dan senyum .
Tapi kalau kau terserempak dengan aku & still wat bodo ,
aku pun buat perkara sama :)