Image and video hosting by TinyPic

www.ustream.tv/channel/tunggal-fm

"ENJOY EVERY MOMENT"

The Official Blog since 27 December 2009

INSTAGRAM : ninabanana94

#ninaradzali #tunggalfm

INFO : Blog ini adalah UMUM. Sebarang idelogi, teori dan apa jua yang ditulis tidak semestinya bersifat tepat dan sempurna. Yang baik boleh diambil, yang buruk boleh ditingkatkan kepada yang lebih baik. Semua penulisan adalah 100% dari buah fikiran penulis. Sebarang cadangan, pendapat, ketidakpuasan, pertanyaan event, hal berkaitan perniagaan, perkara berbentuk urusan dan apa sahaja boleh dilontarkan diruangan 'comment' atau ke alamat E-mail ninabanana94@gmail.com

Friday, April 29, 2011

Prince William & Kate Middleton



Assalamualaikum , salam sejahtera serta salam 1 Malaysia .
Hello , hello Blogger semua . NB taktahu lah
ape mimpi NB ni TERUJA sangat2 dengan royal wedding
between Will & Kate ni sampai nak post entry pasal
mereka berdua ni . Tengok lah serba sedikit artikel
yang NB nak share tentang Will & Kate ni http://www.cute-smiley.com





Seluruh dunia bakal menyaksikan
perkahwinan gilang gemilang pewaris takhta Britain,
William Arthur Phillips Louis Mountbatten-Windsor dengan
Kate Middleton.

Perkahwinan diraja itu akan disiarkan secara langsung dari
Westminster Abey, London, pada pukul 3 petang di stesen
televisyen NTV7. Siaran langsung itu selama lima jam setengah,
berakhir pada kira-kira pukul 8.30 malam. Perkahwinan
William-Kate memang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat
Britain yang selama ini murung setelah kematian Lady Diana
Spencer, ibu William. Secara tidak langsung, perkahwinan
William dan Kate mengembalikan nostalgia indah perkahwinan
Putera Charles dan Puteri Diana Spencer pada 21 Jun 1981.
Aura Lady Diana dikatakan begitu kuat mempengaruhi rakyat
Britain sehinggakan anak kepada Earl Spencer
kelapan itu sentiasa dekat di hati rakyat Britian. Tidak
hairanlah dia digelar ‘Puteri Berjiwa Rakyat’ yang mana
hari ini besar kemungkinan Kate merupakan pengganti terbaik
Lady Diana. Buat sekian lama rakyat Britain dahagakan
kehadiran seorang puteri yang boleh diangkat sebagai ikon
dan sanjungan setelah kehilangan Diana.Kini rakyat Britain
boleh bergantung harap kepada Kate untuk meneruskan legasi
aura Diana dalam keluarga diraja Britain. Rata-rata, ramai
yang akan melihat apakah fesyen yang dibawa oleh Kate
setanding dengan fenomena fesyen rambut Lady Diana yang
menjadi ikutan kebanyakan wanita.


Yang pasti, William tidak akan mengalami nasib
serupa seperti Charles yang mana ketika Diana di sisinya,
Charles dibayangi oleh kemasyhuran mendiang puteri itu.
Berdasarkan tinjuan rambang yang dilakukan di Britain,
William, 28, amat popular sehinggakan popularitinya mengatasi
ayahandanya itu. Desas desus juga kedengaran, rakyat Britain
mahu William diangkat untuk menggantikan
nendanya, Ratu Elizabeth 11.Menyingkap sedikit perkenalan
pasangan diraja itu, mereka mula berkenalan sekitar tahun 2001
ketika menuntut di Universiti St. Andrews, Scotland
dan sering dilihat keluar bersama sejak dari itu. Bermula
dari situ, William yang setahun lebih muda daripada Kate
membuat keputusanuntuk mengikat tali pertunangan pada
17 November tahun lalu. Berita pertunangan mereka disambut
dengan kesyukuran kerana pengganti Lady Diana telah muncul
di alaf baru ini. Pasti William bangga apabila Kate menjadi
permaisurinya kerana cinta yang dipupuk selama ini,
berakhir dengan ikatan perkahwinan.





P/S : Kate Middleton ni pun sama macam Princess Diana
tu dulu . Asal orang biasa je . Ramai yang ramalkan
nasib dia akan sama macam mak Putera William tu .
Sifat2 dia pun lebih kurang je dengan Princess Diana .
Harap-harap nasib dia tak sama lah yea dengan Princess
Diana yang mati teraniaya akibat kemalangan yang dirancang .


2 comments:

Hayati Hamzah said...

sy sgt jeles dgn kate ! :(( eh bukan, princess william ;)

NiNaBaNaNa said...

hahaha . jealous kerana ape seyhh ? HAHA