Image and video hosting by TinyPic

www.ustream.tv/channel/tunggal-fm

"ENJOY EVERY MOMENT"

The Official Blog since 27 December 2009

INSTAGRAM : ninabanana94

#ninaradzali #tunggalfm

INFO : Blog ini adalah UMUM. Sebarang idelogi, teori dan apa jua yang ditulis tidak semestinya bersifat tepat dan sempurna. Yang baik boleh diambil, yang buruk boleh ditingkatkan kepada yang lebih baik. Semua penulisan adalah 100% dari buah fikiran penulis. Sebarang cadangan, pendapat, ketidakpuasan, pertanyaan event, hal berkaitan perniagaan, perkara berbentuk urusan dan apa sahaja boleh dilontarkan diruangan 'comment' atau ke alamat E-mail ninabanana94@gmail.com

Friday, December 16, 2011

Kakak TERHEBAT :)



Assalamualaikum WBT . Salam sejahtera serta salam 1 Malaysia .
Korang nampak kan tittle NB untuk post ni . 'Kakak TERHEBAT' .
Yes . Aku nak post pasal girl manis di atas tu .
Cantik kan dia ? Ayu manis bertudung . Hati dia pun
baik kalau korang nak tau . Dia juga termasuk lah
dalam senarai orang-orang yang NB sayang . Sebab tu dia
masuk dalam kehidupan NB . Dan kerana itu dia harus
masuk dalam "NiNaBaNaNa's Life" punya blog ni .

Korang tak akan pernah tau . Maybe selama NB blogging ni
korang akan rasa NB share info , share itu ini .
Yang post lama-lama je banyak berkaitan tentang
kehidupan NB , bersesuaian dengan tajuk . Meskipun
apa yang NB share tu mengenai pengajaran atau info
terkini , semuanya berkaitan apa yang NB ingin ulaskan ,
pendapat serta apa jua lah yang NB rasakan .

Okay , itu untuk permulaan lah kan . NB nak cakap banyak
tentang kaka ni kalau boleh . Dia berumur 19 tahun pada
tahun ni . 2011 . Tahun 2012 nanti dia 20 . NB ni sebagai
adik-adik yang dah habis SPM ni , NB sangat hormat dia .
NB tabik akak ni . Nina ada macam-macam masalah .
Walau NB tau masalah NB ni tak seberat masalah dia ,
tapi dia tetap bagi nasihat , ambil masa untuk NB .
Walau kami tak pernah jumpa , dia selalu melayan kerenah
NB ni yang macam kadang2 entah pape pun ada jugak .


Terus terang NB nak cakap and tujukan kepada akak
Zurra . Okay lupa . NORBAIZURA SHARIFF adalah nama
akak ni . Lebih manje NB panggil Kak Zurra .
Taktahu dah macam mana NB hargai akak ni . Walau
masih ramai lagi yang bagi support at NB teruskan
semangat hidup selepas apa yang terjadi , NB tabik
spring dekat dia . Hampir setiap pagi dia layan kerenah
NB . NB tegur dia , kacau dia . Sebenarnya , NB
kacau dia hari2 memang nak tegur dia . Tapi selain tu
NB nak menguji dia jugak . Adakah dia boleh sabar
dengan kerenah NB yang banyak cakap dan banyak tanya ?
HAHA . okay . NB memang uji dia . Dia memang cool and
penyabar . NB saje kacau dia hari-hari . Tapi dia
tetap stay cool . Dia sama macam NB . cakap terus terang .
Lebih buat semua hati orang senang kan ? Semua masalah
senang settle . NB anak sulung . NB ada adik lelaki .
Dua beradik je . NB suka anggap orang lain macam kakak
NB . Sama macam NB anggap kak Zurra ni sebagai akak NB
sendiri .

NB bersyukur kenal akak ni . Walau NB kenal dia
dari seseorang yang benar-benar dah buat hati NB
parah saat ni . Tapi takpe . Memang Allah dah
tentukan takdir ni . Memang ada hikmah setiap yang
berlaku . Hikmahnye , NB jadi lebih tabah dan
NB dapat kenal kakak sebaik ini . NB harap satu
hari NB dapat jumpa dia . NB maafkan yang berkenaan
dan doakan yang TERBAIK . Dan , NB doakan
semoga kehidupan akak semakin baik dari hari ke hari yea .
Sorry post ni panjang sangat . Ni lah luahan hati NB .
Tulus dan ikhlas untukmu kakak sayang :)

P/S : “ Don't cry because it's over, smile because it happened .” ♥ <3



Friday, December 9, 2011

MERDEKA SPM . Our lovely moment

Pada hari Khamis haritu iaitu 8 December 2011 ,
tamatlah perjuangan kami dari 5 Ibnu Majah semua di
SMK Bukit Changgang dengan kertas Geograpfi paper 1 .

Alhamdulillah , sepanjang NB bersekolah di SMKBC
ni sejak 2007 iaitu masa form 1 bulan 9 , semuanya
berjalan dengan baik dan lancar . Walaupun asalnya
dari sekolah berlainan , tapi Alhamdulillah ,
ada jugak lahh kenangan tercipta disini .

Serious , boleh dikatakan kami semua ni memang nakal .
Kelas paling nakal tapi pandai okay . Tapi tu lahh , paling
nakal dan bising . Tapi takpee , kami semua happening .
Sampai last day , elok2 amik gambar dalam sekolah terus
keluar bergambar luar sekolah . Ye lahh cikgu dah pegang
rotan kan . Kitaorang ni buat onar bising2 main mercun
tepung telur bagai dalam sekolah . HAHAHA !

Ape-ape pun , ni sedikit pencuci mata untuk korang
semua untuk membuktikan kami ini betul2 gila-gila .
Heee . Sumber gambar-gambar2 ni semua diperolehi
oleh kawan-kawan NB :)

Btw , muka yang berconteng macam kucing , rimau
tu dan bak kata kawan-kawan macam orang nak pi
stadium tu , NB lah . HAHA . sengal sungguh saya :D














Aku sayang korang semua . Walaupun ada kala kita
bergaduh , salah faham , bersedih , ape semua la kan .
Ini semua KENANGAN suka duka kita semua bersama .
Korang semua jangan pernah lupa yea antara satu sama
lain . Kalau ada reunion akan datang korang datang lah .
Aku akan doakan yang TERBAIK buat korang semua
agar korang semua jadi seorang yang berjaya Dunia
Akhirat . Aku nak korang semua kuat . Kalau kecundang
sekali , tak bermakna kecundang selamanya .
Kalau berjaya ALHAMDULILLAH . Kalau tak ,
itu semua takdir . Ape ape pun terjadi , jangan
sekali lupa dan menghilangkan diri okay bermula
selepas kita dah tak bertemu dah ni . Anda semua
yang TERBAIK . Sayang anda semua
<3


P/s : Credit to Manje Ohh Manje dan Ammar Asyraf yang
dah upload photo di FB dan membenarkan saya
meng-update nya
disini <3



Sunday, December 4, 2011

SPM dah nak habis . yahoo !




Assalamualaikum W.B.T semua . Apa khabar blogger yang
NB kasihi semua ? Ada sihat ? Ada baik ? Hahh
rindu NB blogging tak ? hehe . okay , ni NB nak mula
cerita ni . huhu .


Harini hari Isnin . Harini takde paper .
NB dah nak habis SPM dah ni . Tinggal lagi 2 paper
je . Paper Ekonomi Asas dan Geografi .
Akan berakhir Khamis ni . Yahooo !
Pejam celik , pejam celik tupp tapp NB
dah besar . Dah nak habis sekolah dahh .
Sedih tu ada jugak nak tinggalkan sekolah .
Tapi NB rasa NB sedih tinggal kawan2 and
cikgu kesayangan je kot . Pakaian sekolah
tu muak dah kot . hehehe .


Perancangan NB untuk masa hadapan .
Hurmm . NB ada perancangan tapi taktahu
lahh jadi ke tak kan . Kalau boleh nak
sambung belajar . suasana belajar baru
mesti nak kan kan ? Ape-ape pun NB berdoa
dapat kecapi apa yang diinginkan .
Korang tolong doakan jugak okay !


Lepas habis SPM ni best lah NB nak
bergiat active balik ke dunia blogging ni .
Korang semua tunggu tau tauuuu .
Sayang korang semua ! :)



P/S : Tak sangka kan dah nak habis
sekolah bagi yang SPM tu ? Dulu rasa macam kecik lagi .
Bila lah nak besar . Now dah pun termakbul .
Cepat masa berjalan . Dunia oh dunia . Kepada yang banyak
lagi subject nak habiskan untuk SPM tu goodluck ye .
Dan yang lain2 , semoga segala urusan anda
dipermudahkan . AMIN~



Tuesday, October 4, 2011

AWAY for SPM =='





Hello guys . Lama kan tak nampak NB online ?
Okay sorry . NB dah tak boleh type panjang lebar dah
sekarang . TERLALU BUSY okay . so korang kena lah
rindu-rindu dengan NB buat sementara waktu ni okay ?
Take care semua . Doakan NB percaya okay ? Daaaa :)

Assalamualaikum



P/S : Kejaayaan tidak akan datang bergolek .
Semuanya memerlukan usaha yang tinggi :)

Thursday, September 8, 2011

GIVEAWAY...saya suka DOMO lah!




Okay , korang nampak ni tak ? Okay aku punya
mata dah bersinar-sinar ni nampak benda ni . Okay .
After this pun akan ada lagi contest yang aku akan
join . Tapi first aku nak join ni dulu .
Sebab tarikh last dah nak hampir kan .

Dimulakan dengan Assalamualaikum dan Bissmillahhirahmanirahim
maka bermulalah entry NB tentang Domo :D

DOMO KUN ? apa ada dengan DOMO KUN ? Domo
adalah sejenis patung/kartun/rupa yang SIMPLE .
SIMPLE tetapi amat comel . Especially bulu
chocolate dia . Mempunyai gigi tajam sebanyak
4 batang diatas manakala 4 batang lagi di
bahagian bawah . Jadi kesemuanya ada 8 batang gigi .
Mempunyai mata yang comel . Saya suka Domo .
Ada bukti kan saya suka Domo ? hehe .
Ape-apepun , sesiapa yang meminati Domo pasti
akan berasa tertarik dengan
kecomelan Domo ini .



Jadi , para penggemar Domo yang lain ?
Apa yang anda tunggu lagi ? Kalau minat
domo dan mahukan DOMO KUN , cubalah nasib
dengan JOIN giveaway ni . huhu
Do visit http://www.eqbalzack.com/
and publish your simple post about ' DOMO KUN' okay ?
Express your feeling about Domo kun :D
Don't forget to follow him yahh for the latest info :)


Tuesday, August 16, 2011

Tutorial Photoshop : Partial Black & White

Assalamualaikum W.B.T . Bertemu lagi kita
di entry NiNaBaNaNa's Life ini . Yeah , today NB
sedikit free . Apa kata NB tunaikan request dan
janji kepada seorang rakan NB yang betul-betul nak
tengok tutorial yang NB nak buat ni . Kepada
Zahid Zakaria , photographer muda kita , diharapkan
anda dapat manfaatkan tutorial NB yang tak seberapa ni .
Disempena ni NB buat tuto ni guna gambar yang
di snap sendiri oleh photographer muda kita iaitu
Zahid Zakaria .





Yahh here we go . Mulakan dengan Bismillahirahmanirahim .
Insyallah , anda semua boleh buat :)


At first , Duplicate layer with pressing button (CTRL + J)



Selepas itu , pergi ke Image > Adjustment > Black and white



KEMUDIAN image yang anda tengah edit tu menjadi gambar
hitam putih . (malas nak screen shot gambarnya) hihi


Pergi ke Image > Adjustment > Levels .
Ini bagi memantapkan lagi sesuatu gambar
supaya anda lebih berpuas hati dengan hasil
hitam putih gambar tersebut .



Kemudian akan keluar satu window untuk adjust
gambar tersebut yang dikenali sebagai (LEVEL) .
haa korang adjust lah ikot taste korang yeah :)


Then , inilah part yang kita akan paling suka tengok
and buat . Pergi Eraser Tool and padam bahagian
mana yang korang nak gambar tu ada color .



Okay , ini tips . Kalau dekat part yang sukar
macam sempadan2 black and white tu , korang guna
lah 'Soft Round' brush ni supaya kemas lah sikit kan .



Kali ni pulak , kalau korang rasa gambar ni tak
berapa nak menyerlah lagi . Okay , no worries okay .
Just simple step . Go to Image > Adjustment > Hue and saturation
once again . Then adjust lah ikut creativity korang semua :)


Okay dahh siap dahh . Ape ? Tak percaya ? APE ? Kacang
goreng je ? HAHA . memang lahh . Tak percaya ke ? hihi


*Tutorial macam ni memerlukan kesabaran yang tinggi
dan masa yang agak lama kalau nak sesuatu gambar tu
betul-betul memuaskan hati :)

Inilah dia hasilnya yang tak seberapa NB buat :D




P/S : Alhamdulillah . lega jugak NB tutorial ni dah
siap . Untuk pengetahuan ni tutorial photoshop dari NB
yang ke-2 . Kalau nak tengok yang sebelum ni
sila rujuk post yang lama yeah :)




Wednesday, August 3, 2011

Tahukah anda ? Lambang bendera zionis ada di semua jenis PC , Laptop



inilah dia lambang bendera zionis . Bagi yang taktahu
haa tengok lah gambar ni . Ini diaaa !

Assalamualaikum . salam sejahtera , salam 1 Malaysia .
Tahukah anda bahawa anda semua sedang menyimpan
sesuatu yang tidak sepatutnya berada di dalam
PC atau Laptop anda ?

Selain sumbangan perokok yang membeli rokok
dan hasil kutipan wang tersebut digunakan
untuk membeli bom dan segala peralatan peperangan bagi
membunuh saudara sesama Islam kita tidak bersalah
di medan perang (luar negara) , secara tidak sedar
kita juga telah ditipu secara habis-habisan
dengan mereka ini selama ini . Bukan sahaja
tentang perihal IILUMINATI sahaja yang kini
telah mengusai dunia secara tidak sedar melalui
aliran fashion dan sebagainya , tetapi
adakah anda tahu bahawa mereka juga SENGAJA
memprogramkan kesemua PC dan Laptop yang kita gunakan
dengan lambang mereka ? Sudah terang lagi bersuluh
mereka ini adalah ZALIM !


NB sendiri pun terkejut tentang hal ni .
Ni pun NB baru lepas nampak dekat status
seseorang di FB yang share kan tentang perihal
ini di status beliau . Jadi , NB pun share lah
jugak dekat blogger ni . Bagi yang dah tahu tu
bagus lah . yang taktahu tu ? Haihh . Entah la -,-


Ada beberapa step untuk korang lihat
dan buang semua gambar tuh . Ikot jeh okay .



Cara mencari/membuang gambar tersebut
1 . Bula laptop atau PC pada Local Disk (C)
2 . Program Files (x86) -> Microsoft Office -> MEDIA -> CAGCAT10
3 . Cari gambar b'nama J0285926 . Korang akan jumpa gambar
lambang bendera Zionis Israel lengkap dgn lilin (sarana ibadah mereka) .



[Forward message]
Rakan-2 ku sekalian dimohon utk membuka laptop atau
PC pada Local Disk (C) Program Files (x86)
-> Microsoft Office -> MEDIA -> CAGCAT10 dan cari
gambar b'nama J0285926. Korang akan jumpa gambar lambang
bendera Zionis Israel lengkap dgn lilin (sarana ibadah mereka) .
Sebaiknya korang delete ! gambar t'sebut ada di
seluruh PC dan Laptop. sebarkan semampunya !


*FORWARD lah message di atas kalau rasa ramai
lagi manusia yang taktahu lebih-lebih lagi
umat Islam kita .




P/S : Just sharing . Jangan pertikaikan ini dengan
mudah . Kalau rasa tak heran , terpulang kepada anda . Tapi
kalau anda sayangkan Islam . Sila ambil perkara
ini sebagai perkara yang seri
ous .



Tuesday, August 2, 2011

Tutorial Photoshop : Changing eye color




Assalamualaikum , Salam sejahtera
serta salam 1 Malaysia . Salam Ramadhan juga . Wehoo .
Mendengarkan Tajuk entry NB ni mesti GEMPAR kan ? Dulu
NB lah manusia yang paling malas nak buat tuto sebab
NB MALAS sangat yang amat sangat . Tapi entah lah .
Tiba-tiba dapat hidayah untuk buat Tuto . HAHA .
bukan tuto blog yeah . Tuto Photoshop . Saje nak buat
yang rumit sikit . hehe (Mengada) .


Tuto ni senang jeh . nampak jeh banyak gambar dan
macam susah . Actually this tuto SENANG SANGAT
tauu . Small matter . hihi . Yang tak small matter
tuh bila NB nak kena print screen gambar ni semua
untuk tuto . HAHA . okay malas nak cakap banyak .
Dengan lafaz 'Bissmillahirahmanirahim' . Jom kita
mula buat tuto ni .
(Bagi yang ada Adobe Photoshop sahaja)




(CTRL + O) > Pilih Gambar yang korang nak



Duplicate Layer with press button (CTRL + J)




Pergi ke Polygonal Lasso . Kalau dekat korang
punya PS tu dah di set dengan Lasso lain , click
lama sikit dekat Lasso Tool tu dan pilih 'Polygonal Lasso'




Zoom photo ni (CTRL + + ) . Kemudian select dekat mata
tu . Haa , pastikan korang tau okay cara nak select
dekat mata tu . Bukan senang tu kalau taktahu :p




Click Select > Modify > Feather pula




At the feather radius tersebut . Set kan lah kepada
berapa pun yang korang nak .




Image > Adjustment > Color balance




Okay . semua dah beres ? Ni step terakhir ni .
Haaa , yang ni suka hati korang lah yeah .
Bergantung kepada warna apa yang korang suka
untuk diletakkan di mata korang tu .




Tadaaaa ! Hasilnya macam ni . ape macam ? suka tak ?
Opppss . Lupa pula . Press button (CTRL + D) untuk hilangkan
lingkaran (garisan) lasso dekat mata tadi . Okay siap :)






SIMPLE as A , B , C tutorial ni . Haaa . senang senang .
Jadi ape tunggu lagi ? Cuba lahh . Kalau nak buat jugak
tuto ni pun suka hati . Sebab sharing is caring right ?
Ilmu jangan kedekut . Ilmu milik Allah S.W.T . Hurmm
by the way , ni pun NB belajar dari seorang blogger
punya post dekat dalam blog dia . So NB pun pikir2
nak buat jugak lah tutorial ni sebab senang kann .


*Heee , jangan marah haa . tutorial nampak sama ,
janji ayat nye ayat NB kann kann . Maybe dekat
follower dia or orang2 yang blogwalking dekat blog
dia sahaja yang tau tutorial ni . Jadi apa salahnye
pulak kan kalau Nina buat tutorial ni juga untuk
follower Nina ? heee . mmmmuuuaahh :)





P/S : Sharing is caring . The more you share ,
the more you get :)




Monday, August 1, 2011

First Ramadhan at school :)



Assalamualaikum , Salam 1 Malaysia , Salam Ramadhan :)
Today best sangat pergi sekolah . Sebab apa ?
SEBAB RAMAI TAK DATANG . HAHA . terasa agak aman .
Budak-budak dekat sekolah pun al maklumlah
macam biasa semua berperangai baik . Iyolah kan
PUASA katanya . Cikgu masuk cakap penat puasa lah
apa lah . Masalah disiplin pun sekaligus berkurangan .
Sungguh memberangsangkan yeahhh . Budak-budak dalam
sekolah pun tak merayap lagi sekitar sekolah .
Ini sesuatu perubahan YANG AMAT MENARIK . hahaha :D



Apa-apa pun , NB amat BANGGA dapat datang sekolah
hairni . HAHA . agak batakkan ? HAHA . takpe .
Memang mula-mula macam protes jugak kan
harini kena sekolah , padahal sekolah lain cuti .
Tapi mengenangkan nak SPM kan kann . So ,
lebih baik datang sekolah . Nak harap study
at rumah ? Study Photoshop , Blogger , Facebook
jeh lebih -,-



*TAMBAHAN !
> Wahai pelajar SMKBC semua . Pada bulan Ramadhan ini ,
aktiviti kokurikulum akan dijalankan seperti biasa . Harap maklum .


P/S : Puasa tak bermakna kena berletih-letihan .
Kita mesti buat macam biasa je time Ramadhan ni
sama macam bulan-bulan yang lain . Sekaligus puasa
dapat menguji KESABARAN dan KETABAHAN kita .
SELAMAT BERPUASA SEMUA UMAT ISLAM ! :)



Friday, July 29, 2011

Tips on how to get the old FB chat bar




Assalamualaikum . HAHA . okay sorry .
Today NB sedikit batak update blog sampai
dua kali . Hihi .

Korang mesti benci kan dengan IM chat baru
tu (chat box/chat bar). Dahlah nak tengok berapa
orang online pun tak boleh . Dah pulak tu terhad je
boleh tengok siapa online . Haih haktuihh
ppuihhh2 . menyiammpahh , muntah purple
i nyah . HAHA (aku mengarut lagi) :D

Okayokayokayokay taknak mengarut lagi .
just simple step . korang ikot jeh okay .
Yang dah tau . Duduk diam-diam okay ? uhuhu :p



The steps

For Chrome user , korang boleh guna step ni .

1. Go to main page of Chrome
2. Click "WEBSTORE"
3. Type "Facebook Chat Sidebar Disabler"
4. Install it
5. Restart FB




For Mozilla Firefox user pula ,
korang boleh guna step ni .


1. bukak mozilla firefox
2. klik tools
3.add-ons
4. search “greasemonkey”
5. akan keluar gambar seperti berikut, klik install .





Simple as ABC right ? HAHA . ape lagi . try lah :D




P/S : Nasib lah kan NB bagi tuto ni . Mesti korang
akan Happy , bahagia sangat-sangat dapat Chatbox
lama tuh balik . HAHA (sorry NB amat PERASAN) .
lalala :D




Cakap jangan sebarang cakap , cakap mesti serupa bikin .




Assalamualikum blogger semua . Salam 1 Malaysia .
Memandangkan semakin HOT cerita nak SPM ni ,
NB memang tak dapat lah nak gedik tangan
update blog je kann kannn .

Arr malas nak bebel macam2 . NB hanya nak share
sikit tentang something yang NB tak beberapa
nak suka lah kan . Dan mereka ni kadang2 secara
tak sengaja telah buat NB muntah purple .
*kalau lah ada muntah purple kan bagus :p



NB , paling PANTANG orang cari pasal dengan
NB . NB tak kacau hidup diaorang pun . Kadang2
bila online FB pantang on IM ade jeh lelaki im
tapi RAMAI SANGAT nak cari pasal . Weyhh lu
saper der nak cari-cari pasal suka hati bontot
korang cari pasal ? (sorry tergangster sikit) :p
Okay aku sopan sikit okay . I tak kacau you all
okay , so jangan lah datang status i kacau2 i
okay nyahhh ? Tak gentle lahh you ajak gaduh
dengan orang tak kenal tiba-tiba dekat status
orang . Lagi pulak ada yang macam mintak nak makan
but wak jaga kebun sekolah aku bila ade yang
bergaduh dekat status aku . Semuanya
lelaki berperangai macam ni . (bukan semua lelaki
di dunia ni okay) . ALANG DAH NAK DEKAT PUASA ,
TAPI BELUM PUASA LAGI NI , BAIK I HENTAM YOU
DULU . AMACAM ? (Sorry , Harini NB mood jahat) :D



Okay . NB malas nak mention lain2 . Ni NB just
mention benda yang paling 'annoying' bagi NB .
Bagi korang takde masalah , okay fine . Up to you
sayang . NB pun takde hal , NB hanya ermm sakit
hati jea . Nak tau ape benda nya ? Hahh , yang
ayat rempits-rempits lahhh . NB bukan nak kutuk
diaorang . Tapi AGAK lah kan . NB suka english .
Pernah dulu NB suka update status dalam English
jeh sampai ade lah beberapa mamat tak bertamadun
cakap "Asyik cakap english je , bila nak cakap
Melayu pulak ?" Bangga dengan bahasa kita sendiri
lah ape lahh . YAHHH , itu betul sayang-sayang
semua . Tapi PLEASE okay , sila ambil cermin
hadapkan kehadapan muka anda dulu yeahh sebelum
mengata saya yang tak seberapa ni .


Dari anda-anda tu haa cakap ayat EUW macam ni
lagi ROSAK bahasa . haihh . Awak nak cakap
saya macam-macam pun agak lah , saya budak
SASTERA kot . saya tak suka lah orang buat hina
dan mempermainkan bahasa macam korang yang tulis
macam ni .




Ayat EUW
Kow kat new..? Bilew nak jumpew niew..Ak0 ngah bosan
arkk..


NgaH UaT aPeW..? BoCan laWh..NuCk meCej laWh..MeCej joWm..??



See ? HELLO , kutuk-kutuk aku pun , tapi aku
masih tulis sesuatu dengan penuh . Kalau standard
shortform tuh biasa lah kan . Ni menambah2 ayat dekat
berlakang lah bagai . Awak tu lagi lah tau ,
PEROSAK BAHASA , itu gelaran untuk awak . opsss
siapa makan babi terasa haramnya . hihi :D

Aku bukan nak hina teruk-teruk and kutuk korang .
Maaf okay bagi yang terasa . Aku tau tu life korang
tapi NB mengaku agak sakit mata baca ayat EUW macam tuh .
Tapi kalau tak kacau NB , NB okay jeh . Ni tak .
Kondem NB bagai nak rak . NB tak kisah okay sayang semua ?
Janji CERMIN DIRI DULU . hihihi . Ada ayat menambah2 ,
ade yang huruf sakel kejap kecik kejap besor . Haihh
kreatif sangat lah you all ni . Ape pun tak boleh -,-



Siapa-siapa yang dah buat salah dengan NB tuh ,
apa macam ? RASA TERTEMBAK tak ? HIHI :p


P/S : Tiada kena mengena antara hidup atau mati .
Tapi ada kena mengena dengan yang masih hidup yang
telah berbuat begini kepada NB . HAHA . sorry
ayat NB sungguh memeningkan . Hee cheers . Peace No War :p







Wednesday, July 20, 2011

Perlibahasa



Okay-okay , today Nina bosan . So NB google lah
macam dan dapat lah macam2 Peribahasa yang dah
diubah jadi PERLIBAHASA yang agak kelakar kan .
(Kalau tak kelakar diam-diam okay) .
Kalau rasa kelakar , okay Terima Kasih daun
keladi lain kali puji lagi . HAHA .


Semoga enjoy okay dengan Perlibahasa yang ada NB
copy paste , ade yang diubahsuai , ade jugak
yang NB buat sendiri . haa so marilah kita
tengok yea PERLIBAHASA yang best-best di alam
semesta ni . Haha best ke ? Enjoy lah okay ,
saya JAMIN anda akan gelak sampai muntah darah
warna purple . (Okay , NB tipu je) . HAHA !





Perlibahasa
1. Terlajak perahu boleh diundur , terlajak kereta pun boleh undur , terlajak kapal terbang takde gear reverse .

2. Bersatu kita teguh , bercerai kita kahwin lain.

3. Sudah jatuh ditimpa escalator , malang berbau taik kucing .

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu .

5. Harimau mati meninggalkan belang , isteri mati
meninggalkan gelang , suami mati meninggalkan hutang .

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga nasi pun habis .

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (so , please gosok
gigi okay)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali
kalau ada beruk atas pokok tu .

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau
walaupun tak berbunyi .

10. Biar mati bini jangan mati anak
(boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar
sampai kepangkal ketiak .

12. Biar korek hidung jangan korek tabung .

13. Berakit-rakit kehulu , berenang-renang ketepian
lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan
isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi , tidak aku ternanti-nanti ,
kalau sudi katakan sudi , kalau tak sudi boleh blah :p

16. Harapkan alarm , alarm tak berfungsi tanpa battery .

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula
tempat kena saman .

18. Hujan emas dinegeri orang , hujan batu dinegeri sendiri ,
kalau macam tu lebih baik tak payah hujan .

19. Biar lambat asalkan perlahan .

20. Kalau tiada rotan , pelempang ajelah .

21. Habis madu , sepah jangan dibuang merata-rata.

22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis
badminton , pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging
dicincang tandanya ada kenduri

24. Kerbau berpegang pada tali , manusia berpegang
gunakan tangan .

25. Pinggan tak retak nasi tak dingin ,
kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa .

26. Takkan lari gunung dikejar , tapi kalau tak
kejar pun gunung tu takkan lari jugak .

27. Patah tumbuh , hilang report polis.

28. Berapa berat mata memandang , berat lagi ahli
sukan yang masuk acara angkat berat .

29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak
masuk Sukan Olimpik juga .

30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru .

31. Kalau ada sumur diladang , boleh hamba menumpang
mandi , kalau ada umur yang panjang , bolehlah kita
kahwin lari .

32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat , Kajang hamba makan
satay Kajang lagi best .

33. Kalau kail panjang sejengkal ,
belilah kail yang panjang sikit .

34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah
ditepi pantai , buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la .

35. Pecah kaca pecah gelas , kalau dah pecah tu tak
reti-reti nak ganti ke .

36. Kecil-kecil cili padi,kecil lagi biji cili .

37. Air yang tenang jangan disangka tiada ikan .

38. Hidup segan mati ditanam .

39. Cubit paha kanan peha kiri tak rasa apa-apa pun .

40. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian cukai
pendapatan .





*Segala ayat diatas hanya rekaan semata-mata .
Tiada niat untuk merosakkan bahasa .
Sekadar untuk berlawak jenaka dan menghiburkan
hati . Ape yang penting ?
"Siapa makan babi terasa haramnya" .
opssss ! HAHAHA (nakalnya) hihi :D




P/S : Bagaikan beli baju mahal-mahal dekat Pavilion ,
sekali nampak dekat uptown baju yang sama tetapi murah :p



Monday, July 18, 2011

Ending cerita 'Juvana' TERBAIKK !


Assalamualaikum w.b.t . Salam sejahtera serta salam 1 Malaysia .
Salam readers sekali yeaa . Yeaahh . Oh yeah , siapa peminat
cerita Juvana dekat sini ? wohooo . Kalau korang ada
minat yang sama macam NB , mai baca post NB tentang
Juvana ni .





Pendapat tentang cerita Juvana
Ending Juvana memang TERBAIK . siapa sangka dulu orang
semua dok sibuk cakap Juvana harus dihentikan kerana
menggalakkan pukul/buli antara pelajar boleh dapat
feedback yang baik dari semua orang sekarang ni
sebab ending dia memang dah TERNYATA bagi pengajaran .
huhu . smart kan ? Tapi satu jeh comment dari NB .
NB ni bukanlah baik sangat tapi NB pelik , cikgu Zakiah
yang muda lagi pakai tudung patut keh salam dengan
Daim masa dia nak keluar dari sekolah Juvana tu
pada last ending . Rasa macam tak patut kann ?
Haih pape jeh lahh . Janji ending ade pengajaran .
Ape sahaja perbuatan jahat akan dibalas dengan kejahatan !



Ni antara gambar LiveChat yang Nina nak share
sikit dekat sini yeahh . huhu .






(Focus dekat BOTAK a.k.a Johan Asari okayyy ! :D)

*semua yang NB cakap dekat atas tu pendapat NB okay !
Bukan pendapat korang . Lain orang lain pendapat kan .
Ada orang cakap Juvana best , ada cakap entah pape
lahh and whatever else . Tapi biarlah ape orang nak
cakap . Yang penting , dekat Twitter MEMANG HOT
semua dok beri feedback yang baik pasal cerita Juvana
dari yang bagi feedback teruk . So ? ape lagi ?
Boleh lawan debat dengan saya ? LOL


Okay , NB mengaku !! NB minat betul dengan
Botak a.k.a Johan Asari . hihihi . Dia tu sebenarnya
cute bila ada rambut . Muka macam ada 'Nur' .
iyollahh . budak belajar dekat Universiti Islam
yang dah hafal 2 juzuk Al-Quran and pernah jadi
budak tahfiz kann kann . Boleh lah cakap kann .
Hihihi . (jeles my bf puji lebih ni) hihihi ♥


P/S : Serious , sampai sekarang ni haa TERUJA dengan
cerita Juvana ni . yyeeeehaaaa ♥




Monday, July 11, 2011

YEAHHH ! Ini yang aku mahukan !




Hoyeahhh . ini lahhh YANG NB PALING MAHUKAN
setakat ni . Dari dulu NB harap NB tak dapat .
ALHAMDULILLAH Allah S.W.T tunaikan nya .
yuhhuuuuuuuuuuuuu !

Opsss sorry . sampai lupa dah ni . Assalamualaikum
kepada anda semua yeahh . salam sejahtera serta
salam 1 Malaysia .

okayy , habis sudah cerita tentang NB . Kali ni
NB nak cerita PASAL KAWAN LAIN PULAK . LOL :p




Ahli KRS Tingkatan 5 SMK Bukit Changgang
Saya , Nur Amanina a.k.a NiNaBaNaNa (NB) ingin mengumumkan bahawa , di pagi buta yang
mulia ini pada hari Selasa 12 July 2011 iaitu pada pukul
4 hingga 5 pagi , saya selaku SETIAUSAHA KADET REMAJA
SEKOLAH tidak dapat menyertai PLKN yeahh .
UCAPAN TAHNIAH kepada saya yeahh . Dan ucapan TAHNIAH
juga kepada mereka yang dapat . Macam mana tau ? dah
kata NB setiausaha kan , ape lagi senarai ade dekat NB ,
NB check lah kan . Dalam 36 senarai yang ade dekat NB
(yg berdaftar masa mesyuarat agung pertama sahaja)
iaitu seramai 36 ahli keseluruhannya . Dengan
sukacitanya memaklumkan bahawa 6 orang BERJAYA pergi
ke PLKN . hahaha . syokk kan korang dapat pergi . TAHNIAH yeahh .
HAHAHA ♥



Nur Syafiqah Izzati
Mohd Nazrin Azraf
Noredayu Basri
Khairun Saadah
Nor Marlina
Muhd Roby

(6 orang ahli KRS Tingkatan 5 yang BERJAYA masuk PLKN)


HAHAHAHA !


*gambar siapa yang dapat tak boleh disiarkan
kerana terlalu public dan tak dapat kebenaran lagi .
Harap maklum :)


P/S : Tapi NB tak boleh happay sangat sebab ade kes dulu
orang check mula-mula tak dapat , then panggilan lain
rupanya dapat . Jadi NB PERLU RELAX dulu . HAHAHAHA ♥




Lagu baru Mizz Nina . Boleh tahan :)




Assalamualaikum korang semua . Haaa ,
ape khabar semua ? Sihat ? hoho . Actually
dari haritu dah nak update pasal ni , tapi
bari ni berkesempatan nak update . Busy
yang amat sangat . So , kena ada jadual lah
kan nak arrange mana dulu patut di update .

Haa , korang semua dahh dengar lagu baru
dari penyanyi INTERNATIONAL kita iaitu
Mizz Nina . Lagu baru dia kali ni bersama
dengan Florida . WALAWEYYHHH ! hebat gilaaa tau :D



Ragam manusia
Tapi tu lahh kan . Ape jadi pun
"SETIAP ORANG , PENDAPAT LAIN-LAIN" .
ade yang kritik Mizz Nina ni bagai nak
rak lah ape lahh dekat video clip dia
yang lama dulu "What you waiting for"
tu dulu . Entah lahh . Orang Malaysia ni
memang ramai suka judge orang tak tentu pasal
kan . tapi diri sendiri bukan betul sangat kan .



setakat ni video clip belum keluar lagi ,
tapi lagu tu dah ade lah kan yang menguploadnya
dekat youtube . Kalau bab video tu , tunggu nanti
lah ehh , bila Mizz Nina dah buat video nanti
korang check2 lah yooo . alang2 ni NB nak ucapkan
Selamat Pengantin Baru lah yeah kepada Mizz Nina
sebab baru2 ni dah jadi hak milak Noh Hujan tu .
Semoga bahagia selamanya :)


Mizz Nina ft Florida-Take Over



*bukan kerana nama kami sama , NB nak
promote2 dia and minat dia okay . Ni
sebagai suggestion jeh okay :p



P/S : Terpulang lah kepada korang nak menilai
macam mana . Up to all of you okay .
Tapi yang paling berkuasa untuk menilai
HANYA ALLAH S.W.T :)


Sunday, July 10, 2011

1st Anniversary giveaway Dunia sebenar Shida



Heyyooo anda-anda semua . Semalam , punya semalam lagi kot
Nina kena tag untuk join GA ni . hohh . okay . Actually
nak SPM ni Nina banyak kena tag pun banyak kali Nina
tolak kan . Tapi kali ni taktahu lah dapat 'NUR' ,
'HIDAYAH' untuk join GA ni . haha
(statement paling tak boleh blah) .
thanks tau sebab tag NB yeah wahai
Cik Messy okay malas nak
berceloteh panjang lebar lagi .
Here we go :-

>
>
>
>



Pendapat tentang blog Cik Shida
Assalamualaikum wahai Cik Shida . Simple comment/pendapat
jeh NB mampu bagi . Blog Cik Shida memang lengkap ,
cukup package . Nice , sedap mata memandang , kemas ,
pada , tepat , bermakna , MENARIK & PENULISAN MANTAP .
Itu sahaja :)




Nak tag :
Apit
Nina Moley
Cik Mira



Blog penganjur : http://duniakushida.blogspot.com/


P/S : Nak comment tentang lain rasanya memang
tak ada sebab saya manusia biasa yang TAK PERFECT :)







Friday, July 8, 2011

LEGAAA :)

cool photography Pictures, Images and Photos

Assalamualaikum , salam sejahtera , SALAM 1 MALAYSIA !
yuhhuuuu . lama rasanya tak update blog . Ohyeahh , NB
sekarang memang tak cukup tangan dengan banyak aktiviti
untuk SPM ni . haih . Today , hari jumaat sudah pun
NB siapkan folio bersama artifak NB yang agak tertangguh
tu . HAHA ! NB tak sangka yang NB mampu siapkan .
Nampak sangat sebelum ni MALAS nye Ya Allah , taktahu lah
nak cakap macam mana . Minat kalau disulami dengan malas
pun tak boleh jugak enn ? HAHA . APE PUN TAK BOLEH !



Penghargaan
By the way , NB happy jugak lah kan dalam ada rasa
pening kepala , berkerut dahi kaw2 , tention lah
ape lahh sampai tak tidur malam punya bersengkang
mata ni untuk siapkan folio bersama artifak pembungkusan
tu , NB tetap Happy sebab ada kawan-kawan yang sanggup
tolong . Kawan yang selalu sama-sama buat kerja seni
iaitu Ayu Suhaidi dengan Ayu Basri . hahh memang
credit gilaa dekat diaorang ni sebab dah banyak
tolong NB yang agak 'bengap' buat hamparan dan dah
last2 minute ni punya kes kann . Semua dah pening ,
yang NB pun samalah peningnya sampai JADI BLUR ! LOL .
Jadi , NB nak ucapkan RIBUAN TERIMA KASIH SANGAT
DEKAT DIAORANG NI DAN BUKAN DIAORANG JEH ,
SEMUA YANG DAH ADA TOLONG NB . LOVE YOU ALL .
MACAM NI LAH KAWAN , SUSAH SENANG BERSAMA :)



NB dengan kawan-kawan semua lega sebab dah hantar
Folio PSV (seni)sebab tu matapelajaran penyelamat
cikgu kata . Dan kalau tak hantar kira tak hadir spm .
Takpun markah SPM nanti teruk . Tu lah pasal semua
sibuk serious dok kelam kabut nak hantar . Huhu
ALHAMDULILLAH . hantar jugak akhirnya :)


APA-APA PUN KITA MESTI PERCAYA YANG KITA BOLEH !
KITA MAMPU BUAT . KITA MAMPU ! BERDOA SAHAJA DAN
JANGAN LUPA USAHA DAN BUKTIKAN KITA BOLEHH ! KALAU
TAK DAPAT BARULAH TAWAKAL . heee :D


P/S : F.U.C.K ! > Focus Untuk Capai Kejayaan !
(HAHA , jangan salah paham . LOL)



Monday, June 27, 2011

Sahabat Oh Sahabat



Bissmillahirahmanirahim . Assalamualaikum W.B.T .
Hanya berbekalkan Bismillah , salam dan sedih di hati ,
Nina hanya mampu menulis disini sebagai luahan hati
pada entry kali ini . Mungkin ramai diluar sana yang
anggap NB ni ceria , happy2 kan orang tapi pada hakikat
adakah terdetik di hati anda semua yang NB hanya
nak anda bahagia ? Disebalik hati yang nun jauh di
sanubari ni ? Ade siapa yang tahu ? Tak kan ?
NB ade sorang BFF . NB tak pernah lagi jumpa dia .
NB betul2 anggap dia kawan . NB selalu pikir dia .
Tapi NB tak show semua tu tau . NB jealous haritu
sebab dia dah macam lupa NB . Then dia agak marah
la jugak kan NB jelaous . Ape salahnya nye kan ?
JEALOUS TU TANDANYA SAYANG ! bukan ape punn . tapi
entah laa kann . memang NB jeh yang silap walau NB
ni kakak . NB serba lemah and tak berguna .

Maybe NB terlalu mahukan kasih sayang sampai
jadi macam tu kot . Ingatlah eh wahai semua KAWAN
dan SAHABAT . NB sayang sangat2 semua kawan NB .
NB tak pernah lupa kawan . Tapi entah . Bila NB baik
sangat dengan orang , orang tka hargai NB . NB tau
NB banyak silap tapi NB tetap ingat kawan NB .
NB hargai semua kawan-kawan NB sangat2 . Tapi mungkin
NB tak tunjuk . Terpulang lahh ape-ape pun nak
pikir pasal NB .



'Muka tersenyum namun hati menangis'



kepada yang berkenaan . terima kasih banyak2 sebab
selama ni dah Happy kan NB sampai NB tersenyum
lebar . dan Terima Kasih sangat2 ada at NB pujuk
NB kalau NB tengah sedih semua . Thanks . NB takmau
tu semua jadi kenangan wahai SAHABAT .
I will remember you untill I die http://www.cute-smiley.com




P/S : STAU JEHH . ape jadi kan .
NB tak pernah burukkan kawan NB . NB takkan share
cerita at mom NB pasal kawan NB kalau salah/buruk
dia ke ape . NB selalu cerita yang baik jeh .
Kalau salah , NB back up aw . NB tak kan buat .
Tapi kalau korang nak buat macam tu korang buat
lahh . yeaaa NB tau NB siapa :)



Tuesday, June 14, 2011

Dunia oh dunia . Ape nak jadi lahh -,-





Assalamualaikum W.B.T . Salam sejahtera serta
salam 1 Malaysia .

Bercakap tentang perihal dunia ni . memang OH TIDAKKK .
macam-macam kes boleh terjadi kan ? Lain orang , lain
ragam , ade orang MACAM HARAM ! hahh . bukan nak
berkata kasar atau ape lah kan . Tapi dunia ni makin
maju , makin berkembang pesat , makin MUNDUR sikap
manusia . Bukan bertambah maju yee ? haihh .

Haa , actually NB takde lah ber-idea sangat nak
tulis entry malam buta ni . Tapi tiba-tiba
tengah dok pikir , TERRRdapat lahh pulak idea
sebab bapak balik bawak berita ni haa .
Dia pesan dekat mom NB supaya kalau keluar
malam naik motor nak pergi kedai ke , pasar malam
ke or what berhati-hati . huhhh , kalau bawak motor
malam kena berhati-hati sebab baru jeh ni tadi haa
pada tarikh harini 14 June 2011 hari Selasa iaitu
malam ni dalam sekitar jam 9 ke atas tadi ade lahh
kan orang yang bawak anak atas motor boleh kena
raba dengan UNKOWN people ? huhh . iyolaahh kan ,
dalam gelap dan samar-samar , mana lahh kita ni
nak cam orang nye iyee takk ?

Hurmm , sekarang ni bukan nye kes nak tuduh
sape2 lah kan . Tapi NB pun pikir banyak ni
perbuatan siapa ? Orang Melayu kita jugak ke
orang luar negara macam Bangladesh tu ?
Wallauhualam . Sebab semua orang ade nafsu kan ?
Tapi setahu NB lah kan , sini kalau kes
tunggu orang atas motor and raba selalunya
yang tertangkap Bangla . Haihh , mat bangla ni
memang takbole blah kan ? Orang bawak anak
pun dah tua dia dok raba orang and SANGGUP tu
dia tunggu dekat jalan kubur nak cari mangsa ?
KAU GILAAA KEE ? http://www.cute-smiley.com


*Ape-apepun , awak tu mat bangla ke , orang
Malaysia sendiri ke yang buat . LANTAK LAHH EHH .
Yang penting , benda kalau dah salah TETAP SALAH !
Hukuman yang patut diberi tetap KENA SAMA kalau
dapat tangkap orang macam tu . Haihh , kalau
tak tahan sangat kahwin lerr . Jangan ah cari
mangse pergi cari mangsa dekat jalan malam2
nak rabe orang . Takde kerja betul ah lu ni .
TAKDE SIVIK PUNYA ORANGGG !



P/S : No matter you are old , young , hot , sweet , pretty ,
gorgeous , ugly , nerdy or whatever else ,
WE MUST LEARN HOW TO RESPECT EACH OTHER ! :)




Friday, June 10, 2011

AWAS dengan taktik perompak !




Assalamualaikum , salam sejahtera serta salam 1 Malaysia .
Haa , today NB nak share sedikit pasal taktik perompak .
Haa , ni taktik lama sikit la kan , kalau siapa-siapa
drive kereta sorang-sorang tu memang BAHAYA ! Sebab bila
kornag parking lagi-lagi tempat takde orang , perempok
ni ade taktik dia sendiri nak merompak . Perompak tersebut
akan menampak sejenis kertas 'iklan' bersaiz kecil dibelakang
kereta kita supaya tidak dilihat ketika menuju ke kereta .
Then apabila dah masuk , bila nak reverse baru lahh perasan
yang ade lahh tampalan kertas yang menyakitkan mata dan
MENGHALANG penglihatan . So , bila kita dah keluar kereta
jap dan masa tu rasa selamat jeh sebab sekejap jeh kan ,
perompak pun mengambil lah kesempatan untuk 'REMBAT'
kereta kita . Kalau tak bernasib baik , maybe kena tendang
kena bunuh ke kan ? huhh . PENGAJARANNYA , mula-mula nak
parking biar hadap keluar . Maknanya nanti dah nak balik
bila nak amibil kereta bila parking dan takpayah nak
reverse2 . Kan senang ? HEHE http://www.cute-smiley.com



Okay , ni lagi satu lagi PESANAN KHIMAT MASYARAKAT
dari Polis Diraja Malaysia dengan TAKTIK TERBARU
perompak ni . haa , ni copy paste berdasarkan
sumber-sumber yang diperolehi . Harap boleh
share yeahh because SHARING IS CARING :)



Pesanan dari PDRM :~

Jika anda memandu diwaktu mlm dan cermin kereta
dilempar telur ayam jgn on wiper atau pancut air.
Terus memandu dengan apa yg mampu dilihat hingga tiba
ditempt selmat.Ini krn jika telur ayam bercampur air
ia akn menjadi susu dan akan kaburkan 92.5% tahap
pengelihatan kita yg akan memaksa kita berhenti.
Disitulah kita akan menjadi mangsa perompak.
Inilah teknik baru yg digunakan perompak dijalanan.
- Polis DiRaja Malaysia



CONCLUSION : Ape pun terjadi dan care nye , kita
mestilah sentiasa berwaspada kerana perompak dan
penjenayah sekarang semakin licik dan akan ada
sahaja taktik terbaru untuk melakukan jenayah .
Namun , harus diingatkan ! Tiada kejahatan yang
diredhai oleh Allah S.W.T dan TIADA KEJAHATAN
YANG AKAN MENDATANGKAN KEBAIKAN DAN KESENANGAN
SELAMANYA . Sesungguhnya biarlah bersusah didunia
ini dari memakan dan mempereoleh sesuatu yang
HARAM kerana hidup anda akan BERTAMBAH SUSAH
jika tercampak ke dalam PENJARA atau NERAKA !


P/S : PLEASE SHARE , benda macam ni PENTING untuk
pengetahuan kita semua . JANGAN DIABAIKAN kerana
benda macam ni mungkin boleh berlaku kepada diri
kita sendiri , rakan , keluarga atau saudara
terdekat kita . JADI BERINGATLAH dan BERHATI-HATI lah yea !



Kesayangan baru -,-



Assalamualaikum blogger dan reader semua .
hah , korang mesti tertanya-tanya kan sekarang
tentang tajuk entry NB ni ? "Kesayangan baru ?" .
OMG ! awhh WHAT ? haha .


Jangan lah pikir lain okay ? NB tak curang dan
tak suka deyh bertukar-tukar boyfie ni macam
orang lain . HAHA . kalau NB kalau ade satu ,
maka satuuu jeh tu tau . wink2 . hee
http://www.cute-smiley.com


Arrr , NB taktahu lah kan , maybe ni HOBI baru NB
sayang and suka DOMO KUN pulak . NB pun taktahu la
macam mana NB boleh suka dekat benda alah ni .
Yang penting asalnya mula-mula NB nak kelainan ,
NB suka sangat dengan pencil case lawa-lawa .
NB tengok orang lain at sekolah NB takde yang
pakai pencil case DOMO , akibat NB ni nak kelainan
NB pun pilih lah jalan untuk dapatkan pencil case
Domo tu . Masa tu jalan dengan bf , so bf tolong belikan .
hehe . Then , tau2 NB snap photo banyak2
dengan benda alah tu . Last2 sekarang bf NB pun bagi
teddy Domo Kun yg sedang2 size dia . Dan baru semalam
NB beli pulak yang size kecik besar tapak tangan .
Awhh , sekarang dah jadi macam hobi , asal ape jeh
benda berkenaan domo samada beg dia ke , keychain dia ke ,
baju dia ke ape semua NB nak miliki KALAU BOLEH DAPAT .
huhu . NB pun taktahu kenapa boleh jadi macam ni . HAHA .


Untuk makluman : (entry ni dikarang pada pukul 5.15 a.m) hehe
http://www.cute-smiley.com

PERHATIAN : promote jap okay , blog saya harini BERWAJAH BARU .
haha . sorry , saya batak kejap . wuhuuu :p


P/S : Kalau dah berminat nak buat macam
mana ye dakk ? Korang suka ? Okay , jom share minat bersama . Korang tak suka ? LANTAK KORANG LAA . Yang penting NB ade . Awak ada ? TAK KAN ? hehe :p




Wednesday, June 1, 2011

Ade ape dengan HOTSTUFF ? nak BAJET HOT ?



Assalamualaikum blogger semua . heyooo . GEMPAR tak
dengan tajuk entry ni ? hah ? sorry lah kalau entry
kali ni AGAK PEDAS sikit kan . NB ni suka berterus terang
sebenarnya . NB bukan ape . NB rasa MELUAT lah dengan
orang yang BAJET HOT ni ? HAHA . Ape bagus nye haa korang
bajet2 depan pavillion tu dengan bajet nye diri tu macam
artis lah bagai dan sampai ke Fb korang nak gempar2
gaduh pasal HOT lah ape lah kan ? Orait , alang2 korang
dah buat cerita konon GEMPAR lah kan ? Mai sini NB
GEGAR dan GEMPAR kang korang dengan lebih pedas , tepat ,
hebat , dasyat , auuummm dan kaw2 lagi yeahhh http://www.cute-smiley.com


Haaa , korang tahu kan pasal si FAMOUS AMOS bernama
"Adinda Evans" a.k.a Daten Milano lah ape tu kan ?
HAHA . malas actually NB nak cerita lagi dekat sini .
Iyeelahh kan korang semua dah sibuk cerita benda sama
kan ? Korang semua dah tau kan ? Kalau taktahu , pergi
google sendiri okay . Dah WORLDWIDE . you HOT tau darling .
HAHA .


Haihh , ape seyhh yang korang nak kejarkan dengan HOT
ni semua ah ? TAK DAPAT APE punnn . Bukan bawak
masuk kubur pun . Iyolah , NB cakap ni bukan bermakna
NB ni baik . NB tak lah baik pun kan , tapi agak2
laaa . benda macam tuh "PUBLIC" lahh . Cerita at blog
benda macam tu semua . Dah alang2 hot , LAGI HOT sekarang .
AMACAM ? puas ? hoho . INGAT yeaa , jaga kain kapan anda
sendiri lah yea . Takpayah nak heboh2 kecoh dekat
Facebook yang public tu ? Tengok ? NB yang STALKER dan
suka siasat dan perhatikan orang punya perangai dekat
FB ni pun sama dah kenal macam2 kes dan dah kenal
sangat dah muka korang , photo korang & nama korang
dekat FB tu tau . PUNYA HOTTT lah katakan .


Ape-ape pun marilah sama-sama kita doakan mereka
agar cepat sedar cepat2 yeaa dan berhenti lah
berangan jadi Hot . huhu =.=


* Tak payah nak jadi HOT, Sebab neraka lagi HOT .
Lu jaga kain kapan lu sendiri okay . Lu langsi ,
lu mati . Ade aku kesah entry aku agak PEDAS ?
Baru kena gegar sikit dah nak bagi tahu mak ?
HOT jenis ape ni , hok cakap ngate sikit dah jerik
serupe pondae (diubah dari cerita "KONGSI" haha)
OH terasa ke ? Siapa makan babi terasa haramnya . lalalalala
.http://www.cute-smiley.com



P/S : Ingatlah ye , takde siapa okay yang TERLALU
BAGUS dalam dunia ni . NOBODY'S PERFECT . So ,
kita takpayah lah bajet2 hot . Kita ni sama jeh
hanya makhluk ciptaan Allah S.W.T yang serba
kekurangan . Hanya Allah S.W.T yang Maha Berkuasa :)