Image and video hosting by TinyPic

www.ustream.tv/channel/tunggal-fm

"ENJOY EVERY MOMENT"

The Official Blog since 27 December 2009

INSTAGRAM : ninabanana94

#ninaradzali #tunggalfm

INFO : Blog ini adalah UMUM. Sebarang idelogi, teori dan apa jua yang ditulis tidak semestinya bersifat tepat dan sempurna. Yang baik boleh diambil, yang buruk boleh ditingkatkan kepada yang lebih baik. Semua penulisan adalah 100% dari buah fikiran penulis. Sebarang cadangan, pendapat, ketidakpuasan, pertanyaan event, hal berkaitan perniagaan, perkara berbentuk urusan dan apa sahaja boleh dilontarkan diruangan 'comment' atau ke alamat E-mail ninabanana94@gmail.com

Sunday, November 28, 2010

Kem Kenali Taman Putrajaya















Assalamualaikum serta Salam 1 Malaysia .

Kem Kenali Taman Putrajaya Siri ke 4
pada 27 dan 28 November 2010 yang berlangsung
selama 2 hari 1 malam pada hari Sabtu dan Ahad di
Taman Wetland iaitu bagi tapak perkhemahan kami :)
Selama berada disana , bukan sahaja beriadah dan
sekadar melakukan aktiviti atau bersuka-ria , namun
kami telah bersiar-siar di setiap Presint yang terdapat
Taman yang menarik di sekitar Putrajaya seperti Taman
Warisan , Taman Botani dan sekeliling taman-taman
yang cantik yang terdapat di Putrajaya . Selama berada
di situ , kami menempuh pelbagai dugaan , rintangan serta
halangan . Namun , itu tidak sesekali mematahkan semangat
kerjasama dan setiakawan kami . Kami mengenali antara satu
sama lain tanpa mengira pangkat , darjat atau rupa .
Yang menyertai kem tersebut datangnya dari Putrajaya sendiri ,
Banting , Bangi , Klang dan pelbagai lagi . Kami berasa
amat gembira dapat mengenali kesemua kenalan baru pada cuti
sekolah ini disamping dapat mengisi masa lapang dengan
menyertai aktiviti seperti ini pada cuti sekolah .


kem ni FREE tapi semua perkhidmatan dan kelengkapan
disediakan AMAT MEMUASKAN HATI . Apa yang penting
pengalaman yang didapati . kan kan ?

(ceeewayyy , ayat aku betul-betul tak bole blaa , mcm
nak buat KARANGAN ! hahahaha :D)



ni semua photo nya baru sikit . Nak tengok banyak lagi
tengok lahh kat Facebook aku kan . Ada lagi ni baki
photo tak ambil lagi dari my diaorang . Ade photo time
aku tengah berucap sebagai wakil pelajar . Hahh , dengan
terketar dan cakap laju nye memang tak boleh blarrr .
Dah lah mengejut kena buat , memang terasa cuak sikit .
Dengan bapak ade duduk dekat meja V.I.P
lagi memang KETAR habis lahh . Tapi tak pe , nasib baik
dah selalu naik pentas time sekolah untuk sajak or
whatever . hehe . Ada lagi photo time dapat sijil .
Hahh , nanti kalau dah dapat
aku upload lagi yeahh dalam entry seterusnya


P/S : Percaya ah , kem ni MEMANG BEST !
Putrajaya punya taman memang lengkap dengan sumber
pengetahuan tentang pertanian , tumbuhan dan pelbagai lagi .
So , kalau dekat area sini jeh korang tinggal , tak perlu
melancong dengan bajet yang mahal dan
jauh . Dekat sini pun macam-macam korang bole
dapat keseronokan dan pengetahuan yang berguna .
Aku harap RAMAI yang akan
kunjungi Taman sekitar Putrajaya ni .
COME and TRY ! Lot fun you can get there ! :)

No comments: