Image and video hosting by TinyPic

www.ustream.tv/channel/tunggal-fm

"ENJOY EVERY MOMENT"

The Official Blog since 27 December 2009

INSTAGRAM : ninabanana94

#ninaradzali #tunggalfm

INFO : Blog ini adalah UMUM. Sebarang idelogi, teori dan apa jua yang ditulis tidak semestinya bersifat tepat dan sempurna. Yang baik boleh diambil, yang buruk boleh ditingkatkan kepada yang lebih baik. Semua penulisan adalah 100% dari buah fikiran penulis. Sebarang cadangan, pendapat, ketidakpuasan, pertanyaan event, hal berkaitan perniagaan, perkara berbentuk urusan dan apa sahaja boleh dilontarkan diruangan 'comment' atau ke alamat E-mail ninabanana94@gmail.com

Saturday, May 16, 2015

Akan TAMAT


Akan TAMAT? Hah? APA?! 
Mesti semua orang akan rasa terkejut. Tapi apa dia? 

Zaman bujang aku akan tamat. Suatu hari nanti
pasti akan tamat. Lambat atau cepat.

Maknanya apa?
Aku akan kahwin lah juga suatu hari nanti.

Hmm. Biar betul? Bila tu? Kau biar betul. 
Bila tu, engkauorang kena tunggulah. Suprise :p
Eh mestilah betul. Tak lama, tak cepat. In Shaa Allah.

Manusia merancang. Allah menentukan.
Tiada kata sepanjang lebar, hanya doa mengiringi.
Diharapkan agar ianya berterusan sampai bila-bila.

Jangan terkesima,
jangan terkejut.
Mungkin ini ketentuanNya.
Sudah sampai masanya.
In Shaa Allah.

Doakan kami~




P/S : Dulu aku suka cakap, aku akan berkahwin 7 or 10 
tahun lagi. Semua kata dan tekaan aku tepis.
Tapi hakikatnya sekarang? Jawapannya, kau akan tau apa 
perasaannya bila Allah kurniakan kau sesuatu itu dengan
cepat. Kerana kau mampu merancang dan berkata, Dia
menentukan segalanya~


Wednesday, August 6, 2014

Monolog jiwaku, akal berfikir, hati berkata.


Adakah sebuah kejayaan boleh datang bergolek
tanpa buah fikiran dan daya usaha?
Apakah mencari ilmu itu sekadar membuka buku
sahaja tanpa menelaah melalui sudut lain, membuat
pemerhatian, mengharunginya sendiri dan dijadikan
pengalaman? Atau adakah hanya perlu ada disesebuah
tempat tertentu sahaja? Adakah ianya semudah A,B,C?
Sedangkan A,B,C juga perlu disusun dengan teratur.
Anak kecil juga perlu melalui beberapa proses untuk
mengingatinya dari hari ke hari. Sedangkan kita
mengaku kita benar-benar hebat, berilmu tetapi
masih ada perkara yang kita tak tau. Kerana apa?
pernah dengar "Semakin kita belajar semakin kita
tidak tau"? Kerana kita ini lemah. Ilmu itu luas.
Boleh digapai dimana-mana. Maka dengan itu,
mari kita mencari sedikit apa yang tidak tau, malahan
berkongsi antara satu sama lain. Sebab akal fikiran
akan menjadi lebih mudah menerima jika kita amalkan
rasa pemurah dalam menyampaikan sesuatu. Matlamat 
tidak akan tercapai tanpa bertukar pandangan dan
berkongsi. Semuanya kerjasama. Ibarat dalam satu 
tangan yang memerlukan kelima-lima jari untuk berfungsi
utuh. Lengkap bersama. Sama macam kita sesama manusia,
memerlukan antara satu sama lain. Ada beberapa cara mengikut
apa yang pemikiranku. Ayuh, kita ambil sedikit
masa dengan sedikit perkongsian yang tak ada lah
seberapa tapi ada lah juga mesejnya. InsyAllah.




















TEKNIK



Bill Gates pernah kata "I believe that if you show people the 
problems and you show the solutions they will be moved to 
act". Pada asalnya aku bukan seorang yang cemerlang, tapi 
sentiasa mencari akal. Dari kecik aku paling kuat membebel 
je. Aku suka melukis, aku suka tulis banyak conteng kata 
semangat walau aku bukan baca balik pun. Tapi tu yang 
menguatkan aku. Aku ni sederhana je, tapi aku selalu pegang 
yang kalau aku kata aku minat sesuatu aku akan buat 
betul-betul. Sebenarnya kita boleh buat macam2, janji kita NAK!
RAHSIANYA?
Rahsia terbesar, PAKSA DIRI JANGAN MALAS!
*Jadilah orang yang pertama
*Sentiasa mencuba
*Jangan give up (kalau give up, sila bangun balik)
*SUCCESS
tapi...
Dah dapat semuanya JANGAN LUPA,
BERSYUKURLAH



















KETEKUNAN

Year to year, month to month, week to week and day to day. 
There is work. The hobby, obsession and my everything. 
It's not about you are too eager chasing ringgit or even a 
dollar actually. It's about how you make your dream. And 
one of way to forget most of stupid thing in your life. I believe
 the wise word said "Variation is the spice of life".
Apa sahaja aku kata, bukan untuk aku sahaja akan tetapi 

untuk semua. Sebagai pembakar semangat dari hari ke hari. 
Sesungguhnya kata yang keluar itu datang dari pemikiran,
tetapi adalah lebih baik jika dari hati. Sama macam kamu 
menjalankan tugasan harianmu dengan hati, walhal ianya 
hanyalah sekadar kerja, dengan ketelusan dan ketulusan 
membawa keberkatan berpanjangan.
Kap Ba Ra Kap Alif Ta Nun. KEBERKATAN :)
























SPIRITUAL DAN ANJAKAN PARADIGMA

"Live like no colour but you are happy" Apa guna banyak warna
tetapi tersalah corak hingga menjadi contengan. Sedangkan 
arang dilukis dalam kertas jika kena tekniknya memberikan 
hasil dan kesan yang indah. Sama analoginya melihat arang 
yang hitam itu sebagai sesuatu yang buruk, hitam tetapi 
janganlah tak dilihat akan sedikit keindahannya. Pandanglah 
sesuatu itu dengan mata hati dan lihat sedalam-dalamnya 
akan warna sebenar. Jangan kamu mengaku kamu sentiasa 
benar, tapi akui kesalahan selalu kerana kamu tetap belajar 
sampai mati. Menjadi diri sendiri yang sentiasa tersenyum. 
Keelokan seorang manusia akan hilang setelah berlakunya
rasa bongkak. Keperibadian yang luhur terletak pada hati dan 
cara hidup. Maka kamu cari dan jangan berhenti mencari dalam 
kehidupan. Kehidupan sentiasa memerlukan sebuah 
'anjakan paradigma' yang memberi erti satu lingkungan atau
batasan kepada sesuatu yang baru. Kualiti akan sentiasa 
diperbaharui jika kamu pandai membentuk sel-sel anjakan 
itu dalam diri kamu. CUBA & CARI.

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Terkadang, ada perkara yang tidak perlu difikirkan dan

perlu dibuang atau dihentikan untuk seketika. Itu kerana

ada perkara yang jauh lebih penting untuk difikirkan.
Ada perkara dalam diri dimana nilai-nilai 'Spiritual'
perlu ada untuk membentuk moral dan dalaman yang
perlu dijaga seperti jiwa. Apa guna hidup kita ber 'intelektual'
tapi tiada nilai-nilai yang boleh memberi santapan kerohanian
yang baik dalam diri? Allah berikan kita minda dan akal
yang baik untuk fikirkan perkara yang baik.

NOTA KAKI : Dalam diri manusia ada sepotong daging yang 
dinamakan HATI. Baik pembentukannya, maka baiklah keseluruhannya :)

Bukan Pujangga

Langsung bukan pujangga. Langsung bukan orang
yang hebat. Langsung tak punya apa.
LANGSUNG TIDAK!

Tapi apa yang sudah terbiasa sudah menjadi
rutin sejak kecil. Apa yang diperkatakan,
yang difikirkan mungkin kelihatan tidak sama
seperti yang lain, tapi itulah realiti. Menjadi diri
sendiri. Aku tau ianya nampak aneh, menjadi
bahawa ketawa kadang-kadang, akan tetapi
adalah lebih baik aku berkata yang panjang-panjang
dengan kata yang baik (tidak mencarut) seperti
kalian. Adakalanya sahaja aku melontarkan sesuatu
dari buah fikiran aku.

Lucu dan aneh, misteri, unik dan sebagainya seperti
yang pernah diperkatakan, letak tepi.
Tak kelihatan moden, macam lapuk dan
tak berkata seperti generisi Y yang kini
mengikut peredaran zaman dan sebagainya?
Tidak pernah ku kisah. Asalkan aku selesa
begini. Dulunya aku gemar menyatakan semuanya
dalam hati. Tetapi kini, adalah lebih perlu aku
meluahkan dalam penulisan. Kadangkala aku
merasakan ini adalah sesuatu yang menyeronokkan.
Sebelum jauh melaut aku berbicara. Ayuh teliti
dan fahami apa yang cuba aku sampaikan.
Jika suka fahamkan, jika terasa lalu tidak
disukai, maafkan aku dan abaikan.


















Izinkan aku mengeluarkan analogi, frasa, konstituen ayat, 
klausa, sintaksis atau apa jua jenis bunga ayat BM aku 
pernah belajar. Ada atau pun tidak biarlah aku sampaikan
apa yang mencengkam di dada tatkala aku merasa begini.

Kunyah dah telan kembali kata-kata yang pernah ditabur. 
Usahlah persetankan semuanya kerana nafsu duniawi 
itu semata-mata. Manusia bukanlah bahan yang hendak 
ditukar ganti silih berganti bagaikan baju yang melekat 
pada dirimu. Sahabat itu bukanlah untuk didatangi saat 
getir dan perit sahaja, tapi harus saling bersama susah 
dan senang. Tidakkah angkara hamburan kata-kata boleh 
merosakkan hati? Kerana hati manusia boleh menjadi 
lenyap akan kata-kata. Kerana dengan kata-kata yang 
sekadar kata-kata boleh jadi bunga mekar menjadi layu, 
malam menjadi siang, gelap ke terang bak rembulan 
atau omongan kosong bertukar tahi ayam?! Jangan 
mengemudi di lautan luas jika tidak mampu mengharungi 
ombak. Kelak mati begitu saja bagaikan laksamana mati 
dilaut. Hiduplah seperti apa yang direncanakan, namun 
janganlah ianya menyakiti sesama hamba. Semoga aku 
dan kalian semua fahami apa yang ditulis. Maka selepas 
itu jika kau bertanya siapakah aku? Akulah NR a.k.a 
Nina Radzali empunya kata yang serba kerdil memperkecil 
diri tapi sentiasa berazam tinggi bangkit dari ujian yang 
hadir disekelilingku. Si kasar luaran, puitis di hati, 
bermonolog sendiri memencil di kotak hati.
-Yang Benar, Nina Radzali


NOTA KAKI : TAK FAHAM, FAHAMKAN. JIKA BELUM FAHAM,
MAKA FAHAMKAN. TETAP FAHAM.

Friday, July 11, 2014

TRAGEDI 10R1435H (Awah Atok)

Mungkin ada yang tertanya-tanya. Apa al-kisah disebalik 'Tragedi 10R1435H'.
Membawa maksud 'Tragedi 10 Ramadhan 1435 Hijrah'. Jatuh pada
tarikh di kalander anda semua yang berada di Malaysia ini dan yang
sewaktu dengannya iaitu 8 July 2014.

Maka al kisah bermula------

Sedang aku menulis. Sibuk bekerja di dalam konti Tunggal FM iaitu pejabat
Money Entertainment. Menaip dan terus menaip skrip drama yang aku sedang
tulis untuk syarikat. Tiba-tiba, aku dapat satu panggilan dari ibu.

*Menangis teresak-esak*
"Akak balik rumah sekarang, atok
dah meninggal. Atok accident"

Dan aku...

"Ibu biar betul? Atok dekat
kampung tu? Ibu, biar betul?"

Sangat terkejut sambil menggeleng-gelengkan kepalaku.
Lalu ibu berkata,

"Betul. Pakde baru je bagitau
tadi atok accident terus meninggal.."

DAN DI SINI BERMULALAH KESEDIHAN YANG AMAT
MENDALAM BUAT KAMI SEMUA.





Kereta Produa Kelisa milik atok remuk dan atok nahas di 
tempat kejadian. Kejadian ini membabitkan 3 buah kereta
termasuk kereta atok. Bersama dengan Land Cruiser hijau milik
kerajaan pejabat tanah Pahang dan kereta Myvi>>>>>

Siapa tak sedih tengok keadaan mcm ni. Cucu mana yang tak sedih? 
Namun ini semua ketentuan Ilahi. Walaupun pada mulanya seakan 
tak percaya dpt berita atok meninggal sebab atok yg berumur 86 tahun
masih sihat walafiat. Tapi, Allah sudah tetapkan meninggalnya arwah
dalam keadaan begini di bulan Ramadhan ini. Suatu ketika dahulu 
sewaktu arwah muda, arwah pemandu ambulance selamatkan ramai
orang, kali ini arwah diselamatkan pula. Kali pertama dalam hidup
aku mencium jenazah di kubur macam tadi. Aku sedih sangat. Sebak 
tengok wajah atok sebelah dijahit. Tapi tak apa, arwah atok nampak 
suci sangat tadi masa dikebumikan ditemani gerimis sepanjang 
perjalanannya ke tempat pengebumian.




Menjadi cerita di dada akhbar. Sememangnya sejarah ini amat
tragis sekali untuk keluarga kami-------



Di suatu pagi yang indah, aku bangun sahur. Aku tak boleh tidur
balik macam hari biasa aku buat. Aku hanya mundar mandir
ke sana ke sini di pagi itu. Aku duduk luar seorang diri, aku sedih
menangis tengok motor kesayangan atok. Tak tau nak kata apa
lagi. Teringat masa raya tahun lepas atok terjatuh motor depan
rumah atok ni dan aku tolong. Waktu aku tolong tu lah sampai
sekarang di tangan aku ni masih terasa-rasa tubuh atok.


Keindahan subuh, keindahan sahur Ramadhan masih terasa kini. 
Tapi kurang. Kurang jika aku pulang ke tanpa atuk. Sekarang tiada 
lagi suara atuk, bebelan atuk, nasihat atuk. TAK ADA. Dah tak ada 
yang akan berpesan pada aku sewaktu aku pulang nanti. Satu
pesan atuk yang terngiang di telinga aku, "jangan lupa solat". 
Gambar ini kenangan akhir bersamanya. Raya tahun lepas. Tak 
ku sangka, tak ku duga raya ni tanpanya. Sucinya wajah itu, tiada
gantinya. Semalaman, tak ada benda lain aku mimpikan. Tak ada 
wajah aku nampak selain atuk. Dan apakah benar sepanjang malam
tadi aku berkata2 dalam tidur tidak henti? Pasti ada maksud disebaliknya. 
Atuk pergi seorang diri dalam kemalangan yang ngeri, tanpa kami disisi. 
Allah Maha Mengetahui apa disebalik semua yang berlaku. Allahuakbar! 
Itu yang pasti. Tidaklah aku rapat dgn atuk sebelum ni, tapi kerana 
ketegasannya dan perasaan sayang yang tertanam dalam lubuk hati tak 
pernah buatkan aku rasa jauh darinya. Atuk, tenanglah disana. Kami 
sentiasa mendoakanyang terbaik untuk atuk. Atuk tetap ada dalam hati 
kami, bersama kami di raya nanti. Auramu tetap ada walau jasadnya 
sudah tidak dapat ku lihat lagi.

Dan keesokannya, kami semua masih bercuti lagi di kampung.
Iaitu pada hari Rabu. Pada malam tersebut, kami lakukan tahlil
antara kami-kami sahaja. Sebab Alhamdulillah, atok telah meninggalkan
zuriat yang ramai. Iaitu 7 orang termausk ibu aku. Dan cucunya yang
ramai balik kebanyakannya membuatkan kami semua cukup.
Alhamdulillah tahlil semua sudah selesai bersama malam tu.

Pada hari terakhir pula. iaitu hari Khamis. Tiba masanya semuanya
akan pulang ke rumah masing-masing. Dan mereka semua akan
pulang ke Kuantan, Pahang manakala hanya aku sahaja yang
satu-satunya tinggal di Selangor.

Sebelum semuanya pulang, semuanya memberikan penghormatan
terakhir. Membacakan Yassin di kubur atok sebelum pulang.
Hati masing-masing masih sayu dan sedih. Begitu juga dengan aku.


Selepas pemergian atok, baru aku tau bahawa arwah atok
sebenarnya telah lama mewasiatkan untuk dirinya dikuburkan
dimana sekiranya meninggal dunia. Bukan di rumahnya iaitu
Kampung Jeruas, Raub Pahang tetapi di tanah kubur ini 
iaitu di Kampung Kuala Atok, Raub Pahang. Rupanya arwah
nak disemadikan dekat bersama ahli keluarganya yang lain.
Ya Allah, petanda semua telah ada sejak sebelum ni lagi.

Ya, aku kagum dengan arwah atok. Dulunya atok seorang
pemandu ambulance selamatkan ramai orang. Alhamdulillah
waktu dia pergi ramai juga yang menyelamatkannya. Arwah
atok pernah dapat pengiktirafan pemandu terbaik dan sebagainya.
Tapi tak ku sangka, tak ku dugaan Arwah atok menghabiskan
masa mudanya di dalam keadaan memandu dan perginya dalam
keadaan memandu juga. Tak dinafikan hingga tamat riwayatnya
pada usia 86 tahun, arwah atok sangat sihat walafiat orangnya.
Tapi siapa kita hendak menentang ketentuan Ilahi? Ini semua
sudah tertulis. Ajal dan maut ditangan Allah S.W.T

Dan kali pertama dalam hidup aku, aku lakukan perkara
pada hari Selasa arwah atok meninggal. Aku cium jenazah.
Tak pernah aku cium jenazah. Tapi aku cium jenazah atok 
kerana aku terlalu rindukan atok. Mana tak nya, kali terakhir
berjumpa pada raya tahun lepas. Sebab aku sibuk dengan kerja
jarang dapat balik selalu macam orang lain. Memang suci
haruman pada arwah atok ketika itu. Tapi aku sebak melihat
pipi kirinya waktu jenazah dibuka ditepi kubur haritu. Kesan
jahitan di pipinya. Allah sahaja yang tau macam mana perasaan
aku. Dan ini kali pertama dalam sejarah hidup aku menghadap
sesuatu kes kematian akibat kemalangan dalam keluarga sendiri.



Gambar ni dihadapan kolam ikan, berhadapan tanah perkuburan atok. 
Selamat tinggal Raub, Pahang. Hari ni aku akan pulang ke Selangor. 
Tapi hati aku ini akan tetap terus disini bersama Atok. 
Atok, tenanglah disana----

Sebelum benar-benar pulang ke Selangor, sempat lagi kami singgah
seketika di dusun di Kampung Kuala Atok, Raub Pahang ni.
Masa ni walau wajah semua tersenyum tapi masing-masing
menyembunyikan kesedihan masing-masing.


Kini, aku hanya mampu menangis dan bersedih setiap kali
terlihat gambar kenangan tahun lepas ni pada raya 2013.
Itulah wajah senyuman ceria arwah atok. Yang suci berjubah
putih.

Dan waktu aku menulis ini, adalah pada 12 July 2014 iaitu
hari Sabtu. Hari ke-5 pemergian atok. Dan persoalannya kenapa
aku dah lama tak update blog aku dan aku luangkan masa
untuk update blog ni? Sebab aku nak semua kenangan ni
bukan disimpan dalam hati aku je, tapi sejarah ni aku dapat
baca pada masa yang akan datang. Akan aku pastikan, Insyallah
selagi hayat masih dikandung badan.

Selepas beberapa hari ni juga baru aku sendiri tau apabila aku
dah dapat cerita yang arwah atok pernah berbual seminggu
sebelum pemergiannya bersama nenek aku yang masih hidup
kini. Arwah atok ada berkata pada wan (nenek) bahawa orang
yang meninggal pada bulan Ramadhan akan terlepas seksa
kubur. Dengan itu nenek aku bertanya "Betul ke?" Maka atok
menjawab "Ya, betul". Dan akhirnya, Alhamdulillah atok tergolong
dalam golongan orang-orang yang terlepas seksa kubur kerana
dapat meninggal dalam bulan Ramadhan. Ya Allah, walaupun
kejadian ini amat menyedihkan tapi penuh hikmahnya.

KEPADA SEMUA YANG MASIH ADA ATOK DAN
LAIN-LAIN YANG DISAYANGI, HARGAILAH MEREKA
SELAGI MASIH ADA DI HADAPAN MATA KERANA
AJAL TIDAK MENGIRA WAKTU. AMBIL IKTIBAR.


Dan kepada semua pembaca yang bergama Islam, marilah
kita bersama-sama meluangkan sedikit masa menyedekahkan
Al-Fatihah kepada arwah atok. Bukan sekadar menyebut
'Al-Fatihah' sahaja. Tetapi sedekahkan sebenar-benarnya
padanya. Dan dikesempatan ini juga, di dalam dilema kesedihan
menghimpit aku ni juga. Aku ingin juga mengajak semua yang
membaca post ini untuk mendoakan juga rakyat di Gaza, Palestin.
Ya, memang kita semua bersedih dengan macam-macam hal 
sekarang termasuk aku. Tapi apa salahnya juga kita mendoakan
juga untuk saudara sesama Islam yang syahid di luar sana. Dan
juga kepada SEMUA saudara Islam kita yang telah pergi. Mungkin
kita rasa diri kita dah cukup sedih dan kesusahan di dalam Ramadhan
ini menanggung derita kesedihan dan sebagainya. Tapi kita juga kena
sedar ada yang lebih berat ujian di bulan Ramadhan ini. 

Sama-sama kita bertafakur seketika**********



DAN
TAK SALAHKAN DUIT KITA
YANG BANYAK TU KITA
SEDEKAHKAN SIKIT WALAUPUN SIKIT
PADA MEREKA? AMBILLAH KESEMPATAN
INI. INILAH CARANYA UNTUK MEMBANTU
SELAIN BERDOA DAN SEBAGAINYA.
TAK DAPAT KE SANA, DAPAT BANTU
CARA MACAM NI PUN JADI LAH KAN? :)

~Assalamualaikum W.B.T~